1. Jun Ji Hyun
Kisah cinta dongeng Jun Ji Hyun dan suaminya Choi Jun Hyuk, seorang jurubank dan cucu kepada pereka hanbok terkenal bermula ketika mereka berkenalan di sekolah rendah. Jodoh itu dekat sahaja, tidak sangka tinggal di kawasan kejiranan yang sama, tetapi mereka berdua tidak begitu rapat pada masa itu. Bertahun-tahun selepas itu, Ji Hyun dan Jun Hyuk bersatu semula dan percikan api cinta mulai berterbangan dan tidak lama kemudian bertunang di Jepun. Kisah ‘Chaebols’ Ji Hyun akhir dengan perkahwinan penuh mewah di The Shilla Seoul dan kini mempunyai dua anak.