Bukan hanya menjadi sumber inspirasi buat peminat, Selebriti Malaysia Ini juga memilih untuk memberi sumbangan berharga kepada industri tanah air dengan memegang gelaran Doktor Falsafah, membuktikan dedikasi mereka dalam membawa industri tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
Industri seni Malaysia semakin diperkasa dengan kehadiran individu-individu terdidik, termasuk dalam bidang lakonan, seni teater, dan muzik. Para selebriti ini tidak hanya memberi inspirasi kepada peminat-peminat mereka, tetapi juga membawa pandangan berharga kepada industri tersebut. Mereka tidak hanya berperan dalam kelas pengajian, tetapi juga membawa nilai praktikal yang berharga berdasarkan pengalaman mereka dalam industri.
Beberapa di antara mereka memilih untuk terus memperluas pengetahuan mereka, sementara yang lain telah menjadi pensyarah dan mengajar di universiti tempatan. Berikut adalah lima selebriti Malaysia yang telah mencapai Ijazah Kedoktoran dari universiti-universiti ternama.
Lima Selebriti Malaysia Ini Bergelar Doktor Falsafah:
1. Dr. Soo Wincci
Dr. Soo Wincci, yang pernah dinobatkan sebagai Miss World Malaysia pada tahun 2008, bukan hanya seorang pelakon, penyanyi, dan pengacara, tetapi juga seorang yang memiliki Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Perniagaan dari Open University. Sebelum itu, dia telah meraih Sarjana dalam bidang muzik dari Berklee College of Music. Pengalaman akademiknya yang luas termasuk peranan sebagai profesor madya di Jabatan Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA.
2. Dr. Ahmad Idham
Selain memegang jawatan tertinggi dalam FINAS, Dr. Ahmad Idham, yang sebelum ini dikenali sebagai pelakon, penerbit, dan pengarah popular, kini merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia. Dia menerima ijazah tersebut pada sesi konvokesyen ke-34 UUM pada tahun 2022, menjadi satu lagi tonggak kejayaan dalam perjalanan kehidupannya.
3. Tan Sri Dr. Michelle Yeoh
Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Dr. Michelle Yeoh, menjadi selebriti Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI) di TCL Chinese Theatre, Hollywood. Pengiktirafan ini diberi oleh AFI atas sumbangan besarnya dalam industri perfileman Hollywood, mengabdikan kariernya selama hampir 40 tahun dalam dunia seni.
4. Dr. Diddy Hirdy
Jika anda menonton rancangan realiti Akademi Fantasia musim keempat anda pasti mengenali, Diddy Hirdy, atau nama sebenarnya Syamsul Hirdi bin Muhid. Mula mencipta nama sejak menyertai rancangan nyanyian tersebut, dia mendapat tajaan daripada Universiti Utara Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD di University of Liverpool, England yang menegaskan komitmennya dalam bidang seni dan kreatif sebelum bertugas sepenuh masa di Universiti tersebut.
5. Dr. Kartini Kamalul Ariffin
Bekas pengacara popular, 3R dan pelakon Gol and gincu, Dr. Kartini Kamalul Ariffin atau lebih mesra di sapa tini berjaya menamatkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Komunikasi dari Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL). Dengan tesis berjudul “Women Leadership in Creative Industry in Malaysia”
Artikel Berkaitan: Selebriti Malaysia Ini Merupakan Graduan UiTM