Tiada apa yang lebih mengagumkan apabila pasangan selebriti Malaysia ini telah mengharungi cabaran rumah tangga di mata umum sambil mengekalkan kerjaya mereka sebagai selebriti.
Kalau di barat, kita ada pasangan Victoria Beckham & David Beckham, Jada Pinkett Smith & Will Smith dan ramai lagi. Kalau di Malaysia, pasti anda sukar meneka dan tidak ingat siapakah pasangan yang telah lama melayari bahtera rumah tangga lebih dari 10 tahun. Di sebalik tekanan sebagai seorang tokoh awam dan gelaran selebriti, pasangan selebriti ini masih bahagia berkahwin, yang menjadikan mereka inspirasi untuk semua orang.