Selebriti Malaysia yang sering terlibat dalam kerjaya yang sangat sibuk dan kerjaya mereka yang sedang memuncak, lebih memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka pada usia muda.
Bagi sebahagian selebriti Malaysia, perkahwinan datang lebih awal dalam usia mereka berbanding dengan rata-rata orang biasa. Berjumpa dan berkenalan dengan rakan sekerja yang serupa dan diluar bidang, membawa kepada hubungan yang lebih rapat dan akhirnya berkahwin.
Pernikahan adalah salah satu peristiwa paling penting dalam kehidupan seseorang. Dalam artikel ini, EH! senarikan 5 selebriti terkenal yang memutuskan untuk menikah pada usia muda.
Semak 5 selebriti Malaysia kahwin pada usia muda:
1. Erissa Puteri (22 tahun)
Erissa Puteri Hashim, yang dikenali sebagai Erissa Puteri, merupakan seorang penyanyi dan pelakon muda Malaysia yang mula dikenali melalui program realiti Ceria Popstar musim kedua pada tahun 2014. Pada 18 April 2025, Erissa Puteri sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Muhammad Daniel Iskandar Zaidi, dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat. Erissa menerima mas kahwin berupa 70 gram emas dan sembilan dulang hantaran, manakala pihak pengantin lelaki menerima 11 dulang hantaran sebagai balasan.
2. Erin Malek (20 tahun)
Pelakon kanak-kanak terkenal, Nur Arina Abdul Malek atau dikenali sebagai Erin Malik selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya bernama Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014. Berkahwin pada usia seawal 20 tahun, Erin dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd Yusof dan diwalikan oleh bapa Erin, Abdul Malek Mari dengan mas kahwin sebanyak rm10,000 manakala wang hantaran RM30,000.
3. Eina Azman (19 tahun)
Ainur Syakina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman merupaka seorang pelakon, penyanyi, duta masakan Maggi Cukup Rasa, usahawan, model dan sosialit terkenal di Malaysia. Eina merupakan anak bongsu daripada lima beradik, telah sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada usia 19 tahun. Melangsungkan pernikahan pada malam 31 Ogos di Hotel Grand Hyatt, Eina memilih jejaka berketurunan Sikh berusia 35 tahun, dengan mas kahwin sebanyak RM770 dan wang hantaran sebanyak RM77,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.
4. Wawa Zainal (20 tahun)
Biarpun perkahwinan mereka terpalit dengan kontroversi, namun Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kini lebih bahagia melayari bahtera perkahwinan yang dibina 11 tahun mereka dan dikurniakan empat cahaya mata. Berkahwin secara rahsia pada 25 Februari 2012 (mengikut syariat Islam) dan menikah untuk kali kedua (mengikut undang-undang Negara) pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriah, Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya. Wawa dan Aeril sebelum ini pernah bergandingan dalam drama Astro Ceria, Klik pada tahun 2010 dan ia merupakan cinta pandang pertama lantas langsung menghalalkan hubungan selepas Aeril mendapat keiizinan dari bapa Wawa.
5. Diana Danielle (21 tahun)
Dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake pada November 2012. Namun pergolakan rumah tangga melanda dan Diana dan Farid telah bercerai pada Mac 2023 akibat perselisihan faham. Mereka secara sah berpisah pada 10 Ogos 2023. Baru-baru ini pada 31 Ogos 2023, Farid dan Diana kembali rujuk sebagai suami isteri.
6. Eyra Hazali (20 tahun)
Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Hayder Qhalish dan Endra Haqimie. Dengan sekali lafaz, pelakon, Eyra Hazali, 20, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar di Masjid As-Syakirin KLCC. Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.
7. Mawar Rashid (22 tahun)
Mawar Rashid, atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, mula dikenali melalui program realiti Dewi Remaja 2014/2015. Pada usia 22 tahun, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob, adik kepada cef selebriti Dato’ Fazley Yaakob, pada 9 November 2017, turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala wang hantaran dirahsiakan. Perkahwinan ini turut menjadikan Mawar ibu tiri kepada dua anak hasil perkahwinan terdahulu suaminya, iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela. Namun, pada November 2023, Mawar dan Raf Yaakob mengambil keputusan untuk berpisah secara rasmi.
Baca: 5 Selebriti Malaysia Fasih Berbahasa Tamil Dan Mandarin