NNAMDI ASOMUGHA
Nnamdi (yang juga suami kepada pelakon Kerry Washington) bersara dari NFL pada 2013 selepas bermain untuk pasukan Oakland Raiders dari 2003 hingga 2010, Philadelphia Eagles dari 2011 hingga 2012, dan akhirnya San Francisco 49ers pada 2013. Dia dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik Raiders sepanjang zaman.
Empat tahun kemudian selepas berjaya mengumpul banyak pengaruh di Hollywood, Nnamdi berlakon dalam filem Crown Heights. Dia turut dicalonkan dalam Film Independent Spirit Award untuk filem terbitannya itu. Dua tahun lalu, dia kembali menerbit dan menerajui filem Sylvie’s Love yang mendapat penilaian menakjubkan sebanyak 93% daripada Rotten Tomatoes.
Foto: Getty Images
Baca: 8 Pasangan Atlet Yang Mencuri Tumpuan Di Olimpik Beijing 2022