Kebanyakan wanita di seluruh dunia mendambakan pasangan lebih tinggi daripada mereka, namun berlainan pula di Hollywood.
Ramai selebriti wanita berasa bangga berjalan di samping suami atau teman lelaki lebih rendah, membuktikan ia bukanlah satu isu besar dalam perhubungan.
Walaupun mempunyai fizikal lebih tinggi, ia tidak menghalang mereka daripada menyarung stiletto yang menampakkan lagi perbezaan ketara terutama di acara karpet merah.
EH! kongsikan lima selebriti wanita yang membuktikan bahawa ketinggian bukanlah rahsia kepada perhubungan yang bahagia.