Nicole Kidman
Hubungan pasangan A-list dari Australia ini kekal utuh sehingga kini sejak mendirikan rumah tangga pada 2006. Perbezaan ketinggian Nicole (180sm) dan suaminya, Keith Urban (178sm) hanyalah satu inci namun ia kelihatan cukup ketara apabila pelakon itu menyarung kasut tumit tinggi. Menurut Yahoo!, pasangan ini sering menggunakan trik ketika bergambar supaya kelihatan hampir sama tinggi.