Pelakon berbakat, Jun Jong-seo yang bakal menggalas watak Tokyo berkongsi pengalaman membintangi siri adaptasi popular Netflix, “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”.
Siri popular Sepanyol, “La Casa de Papel” telah mencipta fenomena di seluruh dunia. Kini, laman penstriman gergasi, Netflix akan mambawakan adaptasi baharu dalam versi Korea kepada siri hangat ini. “Money Heist: Korea – Joint Economic Area” bakal dibintangi oleh pelakon berbakat, Jun Jong-seo.
Siri versi Korea ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Yoo Ji-tae (Professor), Kim Yunjin (Seon Woojin), Park Hae-soo (Berlin), Jun Jong-seo (Tokyo), Lee Won-jong (Moscow), Park Myung-hoon (Cho Youngmin), Kim Sung-o (Cha Moohyuk), Kim Ji-hun (Denver), Jang Yoon-ju (Nairobi), Lee Joobeen (Yun Misun), Lee Hyun-woo (Rio), Kim Ji-hoon (Helsinki), Lee Kyu-ho (Oslo) dan ramai lagi.
Jun Jong-seo yang bakal menggalas watak Tokyo berkongsi pengalamannya menyertai siri baharu ini yang akan ditayangkan bermula 24 Jun 2022:
Mengapakah anda membuat keputusan untuk menyertai siri “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”?
Sebelum saya membaca skrip, saya menjangkakan saya akan menjadi Tokyo. Dalam versi ini, dia seorang yang tenang, teratur dan rasional. Saya merasakan Tokyo mampu menjadi karakter utama untuk mengetuai jalan cerita dalam versi Korea ini.
Siapakah Tokyo?
Dia merupakan seorang gadis biasa yang menetap di Korea Utara, sehinggalah pada satu hari dia tiba di Korea Selatan dan fantasi dan impiannya menjadi musnah. Kemudian muncul Professor, seperti Tuhan, dan dia menaruhkan hidupnya yang sudah hancur. Pertaruhan ini, sama ada ia mampu mengubah kehidupan atau sebaliknya. Dia didominasi oleh idealogi Professor, lantas mengetuai kumpulan itu yang tiba ke destinasi. Dia juga pernah menjadi askar di Korea Utara, oleh itu dia cekap menggunakan senjata.
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Baharu Sepanjang Jun 2022