Rata-rata selebriti yang hadir ke SAG Awards 2020 ini semuanya dressed to the nine! Tapi ada lima gaya selebriti sahaja yang paling mendapat perhatian EH!. Check it out!
1. Zoe Kravitz
Zoe Kravitz tampak mahal dan mewah didalam busana Oscar de la Renta ini. Zoe menyuntik sedikit gaya old Hollywood glamour dengan memakai sarung tangan putih. Marilyn Monroe would be proud!
Foto: Jeff Kravitz getty images
2. Jennifer Aniston
Jennifer kelihatan seperti seorang pengantin yang sangat cantik! Dia menggayakan gaun sutera putih daripada Dior oleh John Galliano yang tampak sangat manis yet a bit sexy.
Foto: Gregg Deguire getty images
3. Nicole Kidman
Nicole Kidman tampak sangat memukau dalam rekaaan gaun sarat sekuin Michael Kors. Isteri kepada penyanyi country Keih Urban ini melengkapkan gayanya dengan dandanan gaya rambut wavy bersama sparkly kasut tumit tinggi.
Foto: Jon Kopaloff getty images
4. Scarlett Johansson
Queen of red carpet! Scarleet sekali lagi memukau orang ramai dengan menyarung busana Armani Prive. Dia melengkapkan gaya ini dengan gincu merah klasik dan sleek updo.
Foto: Steve Granitz getty images
5. Charlize Theron
Charlize mencuba sesuatu yang baru dengan menggayakan crop top dipadankan bersama high-waisted skrit daripada Clare Waight untuk Givenchy. Yang lebih menarik lagi, Charlize juga meletakkan gelang tangan berlian Tiffany & Co di rambutnya. Yass queen!
Foto: Axelle / Bauer Griffin getty images