Charlize Theron: Monster
Salah satu transformasi selebriti yang tidak dapat dilupakan adalah melihat si cantik jelita Charlize Theron bertukar menjadi ‘raksasa’. Dia enggan memakai sut yang memberi penampakan tubuh gemuk sebaliknya memilih untuk benar-benar menjiwai watak dengan menaikkan 14 kilogram berat badan.
Bukan itu sahaja, dia juga perlu menukar warna rambut dan mencukur kening untuk mencapai efek yang diinginkan penerbit. Ketika di set, dia diperlukan memakai gigi palsu dan solekan tebal untuk memberi efek kulit lebih tua dan tidak terjaga.