Jared Leto: Dallas Buyers Club
Demi menjayakan watak dalam filem Dallas Buyers Club, Leto menjalani penurunan berat badan yang ekstrem sehingga hilang 14 kilogram. Transformasi fizikal itu merupakan perubahan drastik yang memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan peribadinya di luar set penggambaran.
Apabila ditanya mengenai pengalaman ini, dia berkata, “Tubuh saya melalui beberapa peringkat yang pelik. Kadangkala sukar untuk menelan air. Namun bagi saya ia bukanlah mengenai berat yang berjaya saya turunkan, tetapi lebih kepada transfomasi karakter.”