Matthew McConaughey: Dallas Buyers Club
Memegang watak sebagai pesakit AIDS di Dallas Buyers Club, McConaughey berjaya menurunkan berat badan sebanyak 21 kilogram. Beratnya ketika melakonkan watak tersebut hanyalah 68 kilogram.
Selebriti ini menggambarkan pengalaman tersebut sebagai proses yang sangat membebankan tubuh dan kesihatannya secara keseluruhan. Dia dilaporkan kehilangan banyak tenaga disebabkan tubuhnya perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan penurunan berat badan yang ketara.