Di sebalik kehidupan glamor dan sorotan lampu pentas, satu demi satu dakwaan gelap mula membayangi penyanyi ‘I’ll Be Missing You’ yang pernah popular ini.
Siapa sahaja tidak kenali Sean Combs, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya P. Diddy? Selama ini sinonim dengan kemewahan, kejayaan dalam industri muzik dan pengaruh besar dalam dunia hiburan Amerika.
Kini, terpalit dengan pelbagai tuduhan yang menggemparkan, jijik dan gelap daripada serangan fizikal dan seksual hinggalah kepada eksploitasi individu di bawah kekuasaannya.
Tuduhan-tuduhan ini bukan sekadar khabar angin atau spekulasi liar, beberapa daripadanya datang dalam bentuk saman rasmi dan testimoni terperinci secara langsung di mahkamah oleh individu yang pernah berada dalam lingkaran peribadi dan profesional beliau.
5 tuduhan paling menjijikkan dan gelap yang mengheret nama P. Diddy ke dalam kontroversi besar. Adakah ini zaman kejatuhannya?
1. Pesta Seks “Freak Offs”
Menurut beberapa tuntutan sivil yang telah difailkan oleh bekas pasangan dan kenalan rapat beliau, “Freak Offs” merujuk kepada pesta seks ekstrem tertutup dan acara peribadi yang dikatakan berlangsung di kediaman mewah atau hotel eksklusif, di mana individu terpilih termasuk wanita muda dan model dijemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seksual secara terbuka, kadangkala disertai dengan alkohol dan dadah.
Tuduhan ini mendakwa bahawa sebahagian daripada wanita yang hadir tidak diberi penjelasan yang jelas, malah ada yang mendakwa mereka telah dipaksa atau berada dalam keadaan tidak sedar ketika “Freak Offs” berlangsung.
Apa yang lebih mengejutkan, dakwaan tersebut turut mengaitkan elemen penderaan, seks berlebihan, manipulasi kuasa dan penyalahgunaan kuasa selebriti.
2. Lebih 100 Mangsa
Lebih 100 individu, termasuk 25 kanak-kanak pada waktu kejadian, dengan yang termuda berusia sembilan tahun memfailkan saman terhadap Combs atas dakwaan rogol, serangan seksual dan eksploitasi secara ganas. Peguam Tony Buzbee mendedahkan bahawa kebanyakan mangsa diberi dadah sebelum kejadian dan ada yang mengalami serangan seksual berulang kali oleh Combs dan rakan-rakannya.
3. Pesta “White Party”
“White Party”, pesta mewah dan eksklusif yang hanya dijemput oleh beberapa kenamaan terpilih akan hadir dengan pakaian serba putih. Diperkenalkan sekitar awal tahun 2000-an, “White Party” sering menarik kehadiran selebriti ternama dari Hollywood, dunia muzik, dan fesyen menjadikannya acara glamor yang dinanti-nantikan setiap tahun.
Namun, di sebalik kemewahan dan kemeriahan pesta ini, ia dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral termasuk eksploitasi seksual dan penyalahgunaan kuasa. Beberapa wanita tampil dengan tuduhan bahawa mereka telah dipaksa bogel dan dimanipulasi kemudian serangan pencabulan seksual, keganasan dan pengambilan bahan terlarang.
4. Tuduhan dari Bekas Teman Wanita
Bekas teman wanita, Casandra “Cassie” Ventura, penyanyi dan model yang menjalinkan hubungan dengannya selama lebih sedekad, mendakwa beliau mengawal setiap aspek kehidupannya, memaksanya mengambil dadah dan memaksanya berhubungan seks dengan lelaki lain secara paksa dan beramai.
Cassie juga mendakwa Combs memukulnya selama bertahun-tahun dan mengancamnya apabila cuba memutuskan hubungan.
5. Fantasi Seks Berlebihan
Kenyataan rasmi daripada beberapa saman, P. Diddy didakwa memasang kamera tersembunyi untuk merakam aktiviti seksual tanpa pengetahuan mangsa. Ada dari mereka dipaksa melayan 5 orang lelaki dan berlebihan sehingga memerlukan penggunaan baby oil yang banyak.
Baby oil dikatakan digunakan untuk menyapu seluruh badan mangsa sebelum mereka dipaksa melakukan aksi seksual di hadapan Diddy.