5. Mewarisi Kebijaksaan Ibu Bapanya
Eileen memiliki kepintaran luar biasa di mana dia berjaya meraih 1580 mata dalam Scholastic Assessment Test, meletakkannya dalam kalangan persentil ke-99 pelajar di Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan pelajar pertama yang menamatkan pengajian setahun lebih awal di San Francisco University High School, sebuah sekolah swasta yang mengenakan yuran sekitar RM226,000 setahun. Dia menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di Stanford University dan dijangka menamatkan pengajian pada 2026.
Kebijaksaan ini ternyata diwarisi daripada kedua ibu bapanya. Ibunya yang merupakan seorang kapitalis, Yan Gu mempunyai beberapa ijazah daripada empat universiti – Peking University, Auburn University, Rockfeller University dan Stanford Graduate School of Business. Bapanya pula adalah graduan Harvard Unversity, menurut The New York Times.