Penglibatannya dalam dunia perfileman bermula apabila dia mendatangani kontrak bersama J Wide Company pada 2014 dan muncul dalam filem indie berjudul Moon Young yang ditayangkan di Seoul Independent Film Festival setahun kemudian. Kim Tae Ri juga muncul dalam iklan televisyen dan filem pendek, namun khabarnya ditolak daripada pelbagai peranan filem. Pada Julai 2020, dia beralih ke syarikat pengurusan baharu, Management mmm yang turut menaungi bintang Vincenzo, Jeon Yeo Been.