Namanya menjadi sebutan ramai setelah membintangi karya psikologi-erotik seram, The Handmaiden pada 2016 yang mendapat pujian hebat daripada pengkritik filem. Kim Tae Ri bukan sahaja dipilih daripada 1,500 pelakon yang menghadiri uji bakat, malah turut membawa pulang beberapa anugerah berprestij antaranya pelakon wanita baru terbaik di Blue Dragon Filem Awards dan Busan Film Critics Awards.