Beberapa tahun kebelakangan ini Kim Tae Ri ditawarkan lebih banyak projek dan meraih pelbagai pengiktirafan. Pada 2017 dia membintangi filem 1987: When The Day Comes di samping pelakon veteran, Kim Yoon Seok dan Yoo Hae Jin. Bintang berusia 32 tahun itu juga mendapat pencalonan pelakon wanita terbaik di Baeksang Arts Awards pada 2018 untuk peranannya dalam drama bersejarah, Mr Sunshine.