EH! membariskan enam gaya paling ikonik yang digayakan oleh pemenang Oscar, Emma Stone sebagai watak supervillain, Cruella de Vil dalam filem ‘Cruella’.
Tidak boleh dinafikan, filem baharu terbitan Disney ini antara yang paling fashionable pernah dihasilkan. Berlatarkan era revolusi punk rock di kota London, ‘Cruella’ dibaintangi oleh Emma Stone sekalu pereka fesyen muda bernama Estella. Kemudian, dia mentransformasikan dirinya menjadi supervillain, Cruella de Vil yang dikenali melalui filem ‘101 Dalmatians’ pada 1996.
Transformasi gaya watak Estella turut mempengaruhi gaya kostum yang digayakan Emma Stone sepanjang filem tersebut. Kesemua 47 kostum yang digayakan oleh Estella/Cruella dihasilkan oleh penerima Oscar dan pereka kostum terkenal, Jenny Beavan. Sepanjang kariernya, dia telah memenangi Anugerah Akademi benyak dua kali melalui filem ‘Mad Max: Fury Road’ dan ‘A Room with a View’ selain lapan nominasi keseluruhan.
Berikut adalah 5 gaya terbaik Emma Stone sebagai Estella/Cruella:
1. 70’s Glamour
Ketika fasa permulaan sebagai gadis perompak, Estella menggayakan padanan glamour persis era 70-an. Dia banyak menggunakan aksesori kepala dalam menyempurnakan gaya yang kelihatan lebih professional dan kemas. Juga yang menarik perhatian adalah beg tangan Capucines daripada Louis Vuitton yang dihasilkan eksklusif sebagai aksesori pelengkap gayanya untuk filem Disney ini.