3. Lady in Red
Sudah pasti ini adalah kostum paling ikonik yang digayakan oleh Emma Stone dalam ‘Cruella’. Dramatik dan elegan dalam masa yang sama, gaun merah ini dihasilkan semula daripada desain Broness von Hellman dengan sentuhan putith pada bahagian bawah skirt. Ia disempurnakan dengan topeng mata hitam sebagai aksesori pelengkap.