4. Dalmatian Coat

Walaupun Cruella tidak dapat mengenakan kulit sebenar, ini adalah satu-satunya kostum yang memberi penghormatan kepada filem ‘101 Dalmatians’. Rekaan kot dengan menggabungkan warna hitam dan putih yang menonjolkan tompok-tompok hitam persis kulit anjing Dalmation. Dia turut menggunakan rambut dua warna dalam gaya yang cukup ikonik sebagai Cruella de Vil.
