Mukbang kini bukan lagi tentang makanan yang nampak sedap, tetapi lebih kepada seberapa jauh seseorang sanggup makan sesuatu yang pelik demi views.
Mukbang kini semakin jauh daripada konsep asal sekadar makan sambil bersembang di depan kamera. Ramai content creator mula tampil dengan makanan yang terlalu ekstrem, pelik dan terus membuatkan netizen tertanya sama ada makanan itu edible ataupun tidak.
Namun itulah yang membuatkan content seperti ini susah untuk diabaikan. Walaupun ramai mengaku rasa geli atau trauma melihatnya, curiosity tetap membuatkan orang menonton sampai habis.
Blok Butter
Trend mukbang butter menjadi viral kerana gabungan ASMR, shock value dan diet culture di internet. Dengan bunyi creamy dan cara mereka menggigit butter seperti snack biasa, content ini terus membuatkan ramai netizen rasa pelik tetapi masih menonton sampai habis.
Lebih mengejutkan, ada yang makan beberapa blok flavoured butter sekali gus hanya demi content. Walaupun butter tidak semestinya buruk untuk badan, ramai tetap terkejut melihat kuantiti melampau yang dimakan.
Pregnancy Craving
Mukbang pregnancy craving sering menjadi viral kerana kombinasi makanan yang terlalu random dan sukar dibayangkan rasanya. Ada yang makan jeruk bersama jem dan peanut butter, malah ada juga yang mencuba gabungan seperti pisang dengan sos tomato hanya kerana rasa mengidam yang pelik.
Walaupun kedengaran terus tak masuk akal, ramai curious untuk melihat reaksi mereka ketika mencuba gabungan makanan tersebut. Lagi pelik kombinasi itu nampak, lagi cepat video seperti ini mendapat perhatian di internet.
Hati Stingray
Berlendir, lembut dan dimakan mentah, itulah sebab mukbang hati ikan pari sering dianggap antara yang paling susah untuk ditonton. Teksturnya yang terlalu lembik dan rupa organ mentah itu sendiri sudah cukup membuatkan ramai terus hilang selera.
Walaupun ada yang menganggapnya sebagai delicacy, ramai netizen tetap merasa geli melihat content creator makan hati ikan pari dalam kuantiti besar di depan kamera.
Batu
Mukbang batu menjadi viral bukan kerana orang benar-benar menelan batu tersebut, tetapi cara mereka “menikmati” batu yang dimasak bersama rempah dan sos tertentu. Biasanya batu kecil itu akan dihisap, digigit perlahan atau dikunyah sedikit untuk menikmati rasa rempah sebelum dibuang semula.
Walaupun tidak dimakan sepenuhnya, ramai netizen tetap terkejut melihat batu dijadikan sebahagian daripada hidangan mukbang. Bunyi ketukan batu pada gigi sahaja sudah cukup membuatkan ramai rasa ngilu ketika menonton.
Telur Mentah dengan Kulit
Pada mulanya, ramai menyangka telur itu hanyalah coklat atau candy berbentuk telur kerana dimakan sekali dengan kulitnya. Namun, rupanya benar-benar telur mentah yang digigit begitu sahaja sehingga bunyi kulit telur jelas kedengaran dalam video.
Gabungan tekstur telur mentah yang berlendir dan kulit keras yang dikunyah membuatkan ramai netizen terus rasa geli hanya dengan menontonnya.
Ulat Sagu Hidup
Mukbang ulat sagu hidup sering menjadi antara content paling ekstrem dalam dunia mukbang kerana ulat tersebut masih bergerak ketika dimakan. Bunyi ASMR dan teksturnya yang lembut membuatkan video seperti ini terus menarik perhatian.
Walaupun ulat sagu dianggap makanan biasa di beberapa tempat, ramai netizen masih terkejut melihatnya dimakan hidup begitu sahaja di depan kamera.
