Masih teringat dengan kisah dalam Kudrat (1968)? Cerita tentang anak muda, persahabatan dan konflik kehidupan memang ada tarikan tersendiri, lebih-lebih lagi apabila setiap watak terpaksa berdepan dengan cabaran dan pilihan masing-masing.
Menariknya, ada beberapa cerita Malaysia lain yang turut membawa elemen serupa. Daripada kehidupan anak muda hinggalah kepada tekanan dan masalah sosial, lima judul ini boleh anda masukkan dalam watchlist.
Riot! Rebel With A Cause
What happens when students decide to fight back?
Riot! Rebel With A Cause mengikuti sekumpulan pelajar yang menubuhkan band punk Langkah Mayat untuk menyuarakan isu yang berlaku di sekeliling mereka. Apa yang bermula sebagai sebuah band akhirnya menjadi ruang untuk mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkara yang dianggap tidak adil.
Siri Astro Originals ini turut menyentuh isu seperti gangguan seksual di kampus, cyberbullying dan penyalahgunaan kuasa. Konflik mula menjadi semakin rumit apabila mereka berdepan dengan pihak yang mempunyai kuasa lebih besar.
Dengan elemen rebellion, persahabatan dan keberanian untuk bersuara, siri ini sesuai untuk anda yang gemarkan cerita tentang anak muda yang berani melawan keadaan.
Generasi: Perfect 10
Generasi: Perfect 10 membawa penonton ke dunia sukan dan kehidupan sekumpulan anak muda yang sedang mengejar impian masing-masing. Dalam usaha untuk mencapai kejayaan, mereka perlu berdepan dengan pelbagai cabaran yang menguji kemampuan dan hubungan antara satu sama lain.
Siri sports drama terbitan Astro Shaw ini mengetengahkan elemen tekanan, persaingan dan persahabatan, terutama apabila setiap watak mempunyai matlamat serta cabaran tersendiri. Dalam dunia yang penuh dengan persaingan, bukan mudah untuk kekal kuat apabila tekanan mula meningkat.
Jadi, buat anda yang suka cerita tentang anak muda, persahabatan dan perjuangan mengejar impian, Generasi: Perfect 10 boleh masuk dalam watchlist.
Budak Tebing 2
Drama TV3 ini mengangkat pelbagai isu sosial dan konflik keluarga yang dihadapi oleh sekumpulan anak muda. Kehidupan mereka bukan sahaja penuh dengan cabaran, malah setiap masalah yang datang turut menguji hubungan dan persahabatan antara mereka.
Dalam keadaan hidup yang semakin rumit, mereka perlu membuat pilihan yang boleh menentukan hala tuju masing-masing. Ada persahabatan, ada konflik dan ada juga kesilapan yang perlu ditebus. Semua ini menjadikan Budak Tebing sebuah cerita yang dekat dengan realiti kehidupan anak muda.
Harimau Malaya: The Untold Journey
Daripada konflik antara pelajar, kita beralih pula ke padang bola.
Harimau Malaya: The Untold Journey mengisahkan perjalanan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam usaha melayakkan diri ke Piala Asia selepas 42 tahun. Perjalanan tersebut bukan mudah apabila setiap perlawanan hadir dengan tekanan dan cabaran tersendiri.
Kisahnya bukan sekadar tentang bola sepak. Tekanan, disiplin, semangat berpasukan dan keinginan untuk mencapai satu matlamat menjadi antara elemen utama yang membuatkan perjalanan Harimau Malaya ini menarik untuk diikuti.
Buat peminat cerita atau drama berasaskan perjuangan, teamwork dan semangat anak muda, judul ini boleh menjadi pilihan seterusnya.
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi
Kalau anda mahukan sesuatu yang lebih dark dan penuh misteri, siri drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi mungkin pilihan yang tepat.
Siri psychological thriller ini bermula apabila seorang guru seni menahan pelajarnya sebagai tebusan untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian seorang rakan sekelas. Apa yang pada awalnya kelihatan seperti tindakan ekstrem mula membuka pelbagai rahsia yang selama ini disembunyikan.
Satu demi satu perkara mula terbongkar, membuatkan para pelajar terpaksa berdepan dengan sisi gelap yang tidak pernah mereka jangka. Dalam masa sama, kepercayaan antara guru dan pelajar turut mula retak apabila masing-masing cuba mencari jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Dorm 403
Misteri, konflik remaja dan rahsia gelap dalam sebuah sekolah berasrama.
Dorm 403 merupakan drama Malaysia yang berlatarbelakangkan Sekolah Menengah Seri Alami, sebuah sekolah berasrama penuh. Jalan ceritanya bermula apabila satu kejadian kehilangan misteri berlaku dan mula membuka pelbagai rahsia gelap dalam kalangan para pelajar.
Drama arahan Raja Mukhriz ini mempunyai sebanyak 13 episod dan mula ditayangkan di TV3 menerusi Slot Samarinda pada April 2026. Dengan elemen misteri dan konflik remaja, Dorm 403 boleh menjadi pilihan buat anda yang gemarkan cerita tentang kehidupan sekolah dengan jalan cerita yang lebih gelap.
Artikel Berkaitan: Psycho Freaks, Ini Filem A24 Yang Wajib Masuk Watchlist Anda!
