1. The 1975
Memalukan dan tidak beradap! Konsert sambutan 10 tahun bersama Good Vibes Festival yang berlangsung selama tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyaksikan penyanyi utama The 1975, Matty Healy mengkritik undang-undang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) Malaysia sebelum mencium rakan kumpulan lelakinya. Hal ini telah mendapat pelbagai reaksi termasuk perhatian kerajaan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengarahkan pembatalan serta-merta baki dua hari Festival Good Vibes (GVF) 2023 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang. Rentetan aksi yang tidak bertauliah itu, insiden kali pertama berlaku telah menyebabkan implikasi kepada penghibur, penaja, tiket dan masa hadapan GVF sendiri.