Daripada rekaan luar biasa hingga konsep unik, ini tujuh album K-pop dengan packaging paling kreatif dan ikonik.
Bukan sekadar konsep dan lagu, kini album K-Pop merupakan sesuatu yang hangat diantara peminat. Daripada packaging sehingga ke inti dalam, kini ianya bukan hanya tentang mengumpul photocards semata-mata.
CORTIS
Versi Singing Bowl untuk EP debut CORTIS, COLOR OUTSIDE THE LINES antara album packaging paling unik dalam K-pop. Dengan singing bowl sebagai sebahagian daripada koleksi, album ini tampil berbeza daripada album fizikal biasa.
Berbeza daripada versi photobook biasa, edisi ini hadir dengan konsep yang diinspirasikan daripada sound healing. Selain CD, album ini turut dilengkapi dengan singing bowl, pemukul, dulang kecil sebagai tapak serta set eksklusif enam photocard lengkap dengan sleeve khas.
Mark Lee
First Juice Version ialah edisi smart album debut solo Mark Lee (NCT), The Firstfruit, yang direka seperti kotak jus sebenar lengkap dengan straw hiasan, dengan konsep packaging interaktif daripada SM Entertainment.
Edisi ini turut merangkumi kad QR untuk streaming 13 lagu, magnet pembuka botol berfungsi, set pelekat 6 keping, insert kertas lipat 9 peringkat dengan kredit lagu dan mesej tulisan tangan Mark, serta satu photocard rawak daripada tiga versi.
G-Dragon
G-Dragon USB ialah edisi fizikal album KWON JI YONG yang dikeluarkan dalam bentuk USB 4GB, menggantikan CD tradisional. Ia mencetuskan perbincangan tentang definisi album muzik dalam era digital.
USB fizikal ini direka dengan konsep high artistik, berfokus pada tema rebirth dan vulnerability, dengan lapisan merah khas yang boleh melekat pada jari, serta ukiran nama “Kwon Ji Yong”, tarikh lahir dan handwriting ibu G-Dragon sendiri.
Kickflip
KickFlip Camera ialah kamera digital mini berfungsi penuh yang disertakan dalam edisi terhad mini-album keempat KickFlip, My First Kick. Menjadi viral kerana membawa konsep album merch interaktif ke tahap yang lebih tinggi.
Berbeza daripada dummy toy, KickFlip Camera ialah kamera mini berfungsi dengan bateri terbina yang boleh merakam foto dan video pendek, dalam set edisi terhad bersama CD/QR dan photocard.
NMIXX
NMIXX Music Box ialah edisi Melody Box Version EP Heavy Serenade yang menggabungkan album fizikal dengan music box sebenar yang memainkan klip audio apabila dibuka, dengan enam versi berbeza berdasarkan ahli kumpulan.
Disebabkan ruang dalam kotak diisi oleh music box fizikal, edisi ini hadir sebagai smart album yang merangkumi melody box (1 daripada 6 versi ahli), kad QR untuk streaming lagu, photocard, foto ID dan user guide ringkas.
NCT Wish
Surf Version (Smart Album) NCT WISH untuk mini-album COLOR hadir dengan konsep interaktif bertemakan pantai, menggantikan CD dengan water game keyring berfungsi yang diinspirasikan daripada permainan handheld era 90-an.
Edisi ini turut merangkumi Surfboard NFC CD, mini photobook, set pelekat, dan satu photocard rawak daripada enam versi ahli.
Shinee
SHINee Cassette Player merujuk kepada edisi kaset terhad album 1 of 1 yang benar-benar berfungsi, dengan rekaan Pearl Aqua Green dan konsep retro 90-an, dan hanya boleh dimainkan menggunakan cassette player.
Ia turut menggantikan photobook besar dengan sisipan kertas bergaya vintaj yang memaparkan info lagu, lirik dan foto ahli.
Baca: Cara Mendengar Album Olivia Rodrigo, “You Seem Pretty Sad for a Girl So in Love” Mengikut Turutan
