Hiburan K-Pop ialah salah satu industri yang paling kejam kerana bintang perlu memenuhi piawaian kecantikan Korea yang sangat tinggi dan bahaya sehingga ia memakan diri sendiri.
Piawaian kecantikan di Korea sudah sebati dengan pemikiran orang zaman sekarang, dimana mereka perlu menjadi sangat kurus, besarkan mata, kecilkan pinggang dan kulit putih adalah bonus untuk menjadi Idol terkenal! Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bintang K-Pop yang telah melanggar standard kecantikan ini! Berikut adalah tujuh selebriti yang memecahkan stereotaip tentang kecantikan!