Terus mencipta sejarah dalam industri muzik K-pop, tahun 2023 telah menyaksikan beberapa Idol daripada kumpulan K-pop popular yang berjaya tampil dengan album solo mereka, menunjukkan kebolehan dan kreativiti mereka untuk bersinar sebagai penyanyi solo.
Industri muzik K-pop sering mengukur kejayaan debut bintang K-pop melalui jualan album, termasuklah debut solo para Idol. Mengikut Circle Chart, salah satu sumber paling dipercayai untuk menjejak data jualan muzik di Korea Selatan, memberikan gambaran sejauh mana penerimaan debut album mereka dalam pasaran.
Keputusan untuk memasuki arena solo bukan sahaja merupakan langkah penting dalam membentuk karier seni mereka, tetapi juga menjadi lompatan berani untuk membuktikan kebolehan mereka sebagai penyanyi solo yang mampu bersaing di pasaran muzik Korea Selatan.
7 Debut Solo Idol K-Pop Paling Popular 2023;
1. Jungkook BTS
Bintang BTS, Jungkook, menetapkan standard baharu dengan album sulungnya yang berjudul “Golden,” yang dikeluarkan pada 3 November 2023. Album ini mencipta sejarah dengan memecahkan rekod jualan sebanyak 2,633,296 salinan, mencatatkan satu pencapaian yang luar biasa dalam industri muzik K-pop. Kejayaan album ini tidak hanya menjadi tonggak penting bagi Jungkook sebagai penyanyi solo, tetapi juga memberikan impak besar kepada populariti dan pengaruhnya di peringkat global.
2. V BTS
V dari BTS, tampil dengan album solo sulungnya yang bertajuk “Layover” pada 8 September. Album ini mencapai kejayaan yang luar biasa dengan mencatatkan jualan sebanyak 2,243,861 salinan. Kejayaan “Layover” membuktikan bahawa V mampu mencorakkan kejayaan individu dalam kariernya. Album ini juga menjadi bukti bahawa pasaran muzik dunia semakin menerima karya solo dari ahli kumpulan K-pop. Dengan ini, “Layover” bukan sahaja menjadi kejayaan peribadi V, tetapi juga menyumbang kepada evolusi dan peluasan landskap muzik K-pop di peringkat global.
3. Jimin BTS
Jimin BTS, membuat debut solonya dengan album mini bertajuk “Face” pada 24 Mac 2023. Album ini mencapai kejayaan dengan mencatatkan jualan sebanyak 1,696,398 salinan, mencerminkan populariti dan permintaan tinggi untuk usaha solo Jimin dalam komuniti ARMY. Album “Face” membawa pendengar melalui pengalaman muzikal yang berbeza, menunjukkan kedewasaan seni dan kreativiti Jimin dalam proses menghasilkan muzik solonya.
4. Jisoo BLACKPINK
Jisoo, menjadi ahli terakhir BLACKPINK yang membuat debut solo dengan mengeluarkan album “ME” pada 31 Mac. Album ini mencapai prestasi yang membanggakan dengan terjual sebanyak 1,535,581 salinan. Album “ME” membawa pendengar melalui perjalanan muzik kreatif Jisoo di luar kumpulan. Dengan kejayaan ini, Jisoo telah membuktikan bahawa kariernya sebagai artis solo mampu berdiri dengan teguh di dalam industri muzik K-pop secara solo.
5. Jihyo TWICE
Jihyo TWICE memulakan kerjayanya sebagai artis solo dengan mengeluarkan album mini yang bertajuk “ZONE” pada 18 Ogos 2023. Album ini terjual sebanyak 599,735 salinan, membuktikan bakat luar biasa Jihyo sebagai artis solo dan sokongan daripada peminat TWICE. Kejayaan Jihyo dalam kerjaya solonya membuktikan bahawa peminat TWICE bersedia memberikan sokongan penuh terhadap projek solo mereka, membentuk trend positif dalam landskap muzik K-pop.
6. Taeyong NCT
Taeyong NCT mengeluarkan mini album solo sulung bertajuk “SHALALA” pada 5 Jun 2023. Album ini tidak hanya berjaya di pelbagai carta iTunes antarabangsa, tetapi juga mencatatkan jualan sebanyak 507,683 salinan. “SHALALA” membawa pendengar melalui pengalaman muzik yang segar dari Taeyong, memberikanya mengeksplorasi gaya dan bunyi yang berbeza. Dengan pencapaian jualan ini, Taeyong telah membuktikan bahawa membuat debut secara solo juga mampu mencipta kejayaan dalam industri muzik K-pop.
7. Soojin (G)I-DLE
Bekas ahli kumpulan (G)I-DLE, Soojin membuat debut solonya bertajuk “AGASSY” pada 8 November 2023. Album ini menandakan kembalinya Soojin ke dalam industri muzik dengan mencapai jualan sebanyak 70,000 salinan, membuktikan popularitinya yang masih terus berkekalan. “AGASSY” membawa pendengar melalui pengembaraan muzik yang mencerminkan identiti seni Soojin. Dengan penerimaan positif daripada peminat dan industri, Soojin telah membuktikan bahawa bakatnya mampu bersinar tanpa kumpulan sebelumnya, membuka lembaran baru dalam babak solo dalam dunia K-pop yang sentiasa berubah.
Artikel Berkaitan: Jangan terkejut, 5 Selebriti Korea Ini Mempunyai Tatu Tersembunyi