Masih ramai peminat yang menyokongnya walaupun Daud Kim sering terpaling kontroversi yang panas dan tidak baik tentangnya.
Daud Kim sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial selepas dia membuka sumbangan untuk pembinaan masjid di negara itu. Pengumuman ini dibuat oleh Daud Kim melalui YouTube rasminya dan dia mengaku ada perancangan untuk membina masjid di kawasan Incheon, Korea Selatan.
Bagaimanapun, pengumuman Daud itu menjadi viral kerana segelintir netizen tidak mempercayainya yang mempunyai latar belakang kontroversi. Bukan itu sahaja, netizen turut meragui sumbangan yang dibuka oleh Daud yang menggunakan akuan bank peribadi YouTuber Korea itu.