2. Sebelum membintangi Money Heist, Úrsula Corberó (Tokyo) lebih dikenali sebagai pelakon komedi.

Pelakon berbakat Sepanyol ini mula menceburi industri lakonan sejak berusia 13 tahun. Sejak tahun 2010, dia mula mencipta nama dalam filem-filem komedi seperti ¿Quién mató a Bambi? (Who Killed Bambi?), Perdiendo el norte (Off Course), dan Cómo Sobrevivir a una Despedida (How to Survive a Hen Party). Kesemua filem tersebut mendapat sambutan hangat dari penonton dan juga pengkritik filem, lantas meletakkan dia antara pelakon komedi wanita terbaik di Sepanyol.
Baca lebih lanjut: Dari ‘Start-Up’ Kepada ‘Hometown Cha-Cha-Cha’: 6 Karakter Kim Seon-Ho Yang Buat Peminat Jatuh Cinta