5. Enrique Arce (Arturo) menuntut undang-undang di university, tetapi berhanti pada tahun keempar untuk menceburi bidang lakonan.
Bagaimana dia memberitahu keputusan itu kepada ibu bapanya? Boleh dikatakan dia telah merancang satu strategi seperti yang akan dilakukan oleh The Prefessor. Ketika ditemu bual oleh surat khabar Las Provincias, dia berkongsi memberitahu ibu bapanya yang dia mahu ke Xàbia pada satu hujung minggu. Tetapi sebenarnya dia terbang ribuan kilometer dari rumahnya untuk menghadiri peperiksaan kemasukan ke American Academy of Dramatic Arts di kota New York! Dia berjaya, dan tuah menyebelahi pelakon itu kerana dia memenangi hadiah bernilai 2 million pesetas (dalam US$10,000 pada masa itu) daripada rancangan televisyen Ellos i Elles di Valencian TV.
Walaupun terkejut dengan keputusannya itu, kedua-dua ibu bapanya memberikan sokongan sepenuhnya dan terus menjadi peminat nombor satu.
Baca lebih lanjut: Setiap Episod Bernilai RM5.8 Juta, 5 Fakta Mengejutkan Siri Downton Abbey