7. Akhir sekali, jumpsut merah ikonik yang disarungkan sepanjang siri ini.
Sejak dilancarkan di Netflix, Money Heist terus menjadi fenomena dalam budaya pop dunia. Topeng Salvador Dali dan jumpsut merah yang disarungkan oleh perompak dan juga tebusan menjadi simbol ikonik kepada siri ini. Sebanyak 600 helai jumpsut telah digunakan sepanjang lima musim. Menurut pengarah Jesús Colmenar, pihak produksi membuat keputusan untuk mengurangkan warna utama lain agar warna merah pada jumpsut akan kekal menjadi tarikan utama sepanjang siri ini.
Sudahkah anda menonton Money Heist Part 5: Volume 1 dan tidak sabar untuk lima episod terakhir nanti? Volume 2 akan ditayangkan pada 3 Disember 2021 nanti secara eksklusif melalui laman penstriman Netflix.
Foto: Netflix Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 Puteri Raja Yang Bakal Menjadi Ratu Satu Hari Nanti