Untuk hari-hari apabila dunia terasa terlalu bising, terdapat jenis ketenangan istimewa yang terdapat dalam filem yang terasa seperti ‘rumah’ untuk kita. Filem tersebut menghubungkan jiwa penonton.
Setiap orang akan ada kesukaan dan kebiasaan yang mungkin boleh menjadi sesuatu yang cukup menyelesakan. Ada orang menemuinya dari makanan, dari muzik dan ada juga yang menikmatinya dengan hanya menonton filem. Comfort movie yang bersifat ringan, yang boleh membuat bibir mengukir senyum dan lebih seronok jika boleh membuat kita ketawa.
EH! bariskan tujuh buah filem yang kami fikir sesuai untuk ditambahkan dalam senarai comfort movie anda.
1. Love 911
Filem popular Korea Selatan yang dikeluarkan pada tahun 2012 ini merupakan filem romantic comedy dibintangi oleh pelakon kacak yang menjadi pujaan para peminat, Go Soo dan juga pelakon jelita, Han Hyo Joo. Tayangan ini berkisahkan percintaan antara seorang ahli bomba (Go Soo) yang berdedikasi dengan masa lalu yang menyakitkan dan seorang doktor (Han Hyo Joo) yang berhati dingin yang hanya fokus pada kerjayanya. Ia merupakan hiburan yang memberi ketenangan dengan campuran babak romantis dan juga komedi yang menggelikan hati penonton.
Saya memilih karya ini kerana ia merupakan ‘hint’ untuk kita memberikan peluang kedua dalam percintaan dan juga visual Go Soo yang memukau. Selain itu, babak komedi dari Kim Sung Oh dan Ma Dong Seok juga membuatkan penonton geli hati. Filem ini boleh disaksikan di TVN Movies channel 416 (Astro), ataupun di Viu.
2. 10 Things I Hate About You
Tayangan nostalgia yang diterbitkan pada tahun 1999, dibintangi oleh Julia Stiles dan Heath Ledger. Filem ini memancarkan chemistry dua pelakon utama menjadikan tayangan ini lebih menarik. Ia berkisahkan kisah romantik remaja Amerika diarahkan oleh Gil Junger. Selain itu, ianya diilhamkan secara longgar dan berdasarkan tulisan komedi oleh William Shakespeare — The Taming of the Shrew. Filem ini sesuai untuk mengenang karya pelakon legend, Heath Ledger.
3. 200 Pounds Beauty
Pernahkah anda mendengar lagu “Maria. Ave Maria” yang popular itu? Lagu ini dinyanyikan dalam filem ini oleh Kim Ah-Joong. Ia sebuah filem komedi campuran romantik muzikal Korea Selatan keluaran 2006 yang ditulis dan diarahkan oleh Kim Yong-hwa. Ia berdasarkan siri manga Jepun “Kanna-san Daiseikō Desu!”
Filem ini berkisahkan penyanyi “hantu” berlebihan berat badan yang menjalani pembedahan plastik intensif untuk menjadi sensasi pop. Filem ini adalah kejayaan kritikal dan komersial. Ia merupakan filem domestik ketiga terlaris pada 2006 dengan 6,619,498 kemasukan di seluruh negara, dengan kutipan AS$42,013,016.
Adegan nyanyian yang menarik, persembahan lakonan yang semula jadi, dan sedikit cubitan komedi ini membuatkan saya ulang tonton beberapa kali!
4. My Sassy Girl
Filem ini sangat berjaya di Korea Selatan, di mana ia merupakan komedi dengan kutipan tertinggi sepanjang masa, dan salah satu daripada lima filem teratas dengan kutipan tertinggi pernah pada masa itu. Ia sebuah karya skrin romatik komedi Korea Selatan yang dikeluarkan pada tahun 2001 arahan Kwak Jae-yong, dibintangi oleh Jun Ji-hyun dan Cha Tae-hyun. Filem ini berdasarkan kisah benar yang diceritakan dalam satu siri catatan blog yang ditulis oleh Kim Ho-sik, yang kemudiannya mengadaptasinya menjadi sebuah novel.
5. 13 Going On 30
Filem 13 Going On 30 dikeluarkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ia bertajuk “Suddenly 30”. Naskhah komedi romantik fantasi Amerika yang ditulis oleh Cathy Yuspa dan Josh Goldsmith ini diarahkan oleh Gary Winick, dibintangi oleh Jennifer Garner, dan pelakon lelaki hebat, Mark Ruffalo. Ia diterbitkan oleh Susan Arnold, Donna Arkoff Roth, dan Gina Matthews.
Filem ini mengisahkan seorang gadis berusia 13 tahun pada tahun 1987 yang membuat hajat, dan tersedar untuk mendapati dirinya tiba-tiba berusia 30 tahun dan hidup pada tahun 2004 sebagai editor fesyen.
Walaupun 13 Going on 30 menerima ulasan yang umumnya positif daripada pengkritik, dengan ramai yang memuji prestasi Garner dan persekitaran nostalgianya. Filem ini juga dipuji kerana plot lucu dan mesej self-empowerment.
6. 27 Dresses
Tayangan ini dibintangi oleh Katherine Heigl, dengan James Marsden, Edward Burns, Malin Akerman, dan Judy Greer sebagai watak sokongan. Dihasilkan oleh Spyglass Entertainment dan diedarkan oleh 20th Century Fox, filem ini diilhamkan berikutan kejayaan lakon layar McKenna untuk filem The Devil Wears Prada (2006). Sajian keluaran tahun 2006 ini merupakan filem genre romantik komedi Amerika diarahkan oleh Anne Fletcher dan ditulis oleh Aline Brosh McKenna.
Naskhah ini berkisahkan Jane Nichols menjadi pengiring pengantin sebanyak 27 kali, dia mencapai titik perubahan apabila adik perempuannya Tess menghampiri kerjanya pada suatu hari, menarik perhatian bosnya George, yang disayangi Jane secara diam-diam, dan dalam waktu yang singkat menjadi mengikat tali pertunangan.
7. A Cinderella Story
A Cinderella Story ialah sebuah cereka komedi romantik remaja Amerika 2004 yang diarahkan oleh Mark Rosman, yang ditulis oleh Leigh Dunlap dan dibintangi oleh Hilary Duff, Chad Michael Murray, Jennifer Coolidge, dan Regina King. Watak ibu tiri jahat dan lucu yang dimainkan Jennifer Coolidge menghiburkan penonton dengan pesona bimbonya.
Ia menonjolkan pemodenan dalam cerita rakyat Cinderella klasik, plot filem ini berkisahkan tentang dua rakan pena internet yang merancang untuk bertemu secara peribadi di tarian Halloween sekolah menengah mereka. Ia memberi inspirasi kepada pelbagai filem ke video. Selama bertahun-tahun, filem itu telah berkembang menjadi karya yang klasik.
Walaupun terdapat beberapa komen negatif daripada pengkritik filem profesional, penonton tetap menerimanya sebagai guilty pleasure.
Artikel Berkaitan : Pertama Kali di Malaysia, Charlie and The Chocolate Factory Is Here
