Buat pasangan suami isteri, bangkitkan aura berahi kalian di kamar tidur dengan Filem Seksi Korea yang EH! senaraikan ini.
Korea Selatan bukan sahaja menjadi pusat industri hiburan yang menghasilkan berbagai jenis karya seni dari genre romantik, seram, dokumentasi malah termasuk filem seksi Korea!
Tidak hanya terkenal dengan dramanya yang mendalam, tetapi Korea juga dikenal dengan produksi film yang menggoda dan memikat penonton. Terlebih lagi, bagi pasangan yang mencari momen romantis, filem seksi Korea menawarkan kombinasi yang sempurna antara keghairahan, cerita yang mendalam dan visual yang memukau.
Luangkan masa minggu anda bersama pasangan dengan tonton 7 filem seksi Korea terbaik menurut Rotten Tomatoes:
1. A Muse (2012)
Filem mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah (Kim Mu-yeol) membangkitkan keinginan nafsu dalam Lee Juk-Yo (Park Hae-il), seorang penyair berusia 70 tahun dan muridnya, yang berusia 30 tahun. Cinta yang ‘suci’ akhirnya membuatkan pelajar sekolah menengah ini bertindak menyerahkan dirinya kepada lelaki yang disukainya walaupun jurang umur yang jauh.
2. A Frozen Flower (2008)
Pengarah filem oleh oleh Yoo Ha, “A Frozen Flower” adalah filem sejarah Korea yang mengisahkan tentang pasangan Di-raja dengan adegan-adegan panas dan konflik politik yang membingungkan. Filem ini menggambarkan ketegangan segitiga antara Raja, Ratu, dan panglima perangnya, menciptakan atmosfer yang tegang dan menarik.
3. The Handmaiden (2016)
Filem yang diarahkan oleh Park Chan-wook dan merupakan adaptasi dari novel Fingersmith oleh Sarah Waters. “The Handmaiden” adalah karya seni yang memikat dengan plot yang penuh tipu daya, kecantikan visual yang luar biasa, dan chemistry kuat antara pelakon watak utama. Filem ini tidak hanya mengeksplorasi keintiman antara dua wanita, tetapi juga menawarkan cerita yang memikat.
4. Obsessed (2014)
Mengisahkan tentang ketegangan romantis di tengah-tengah konflik perang, filem ini menampilkan pelakon terkenal, Song Seung-heon dan Lim Ji-yeon. Dengan plot yang menarik dan sinematografi yang memukau, “Obsessed” menggambarkan ketegangan romantis yang kemuncak di tengah tekanan.
5. Lies (1999)
Arahan oleh Jang Sun-woo, “Lies” adalah filem kontroversi yang menggambarkan hubungan intim antara seorang pelajar sekolah menengah dan seorang lelaki yang lebih tua. Meskipun kontroversi, filem ini mendapat perhatian dan ia memberikan pandangan mendalam tentang hasrat dan konflik dalam hubungan manusia yang berbeza umur.
6. The Taste of Money (2013)
Mengisahkan tentang kehidupan keluarga yang kaya raya, filem ini menyajikan adegan-adegan panas yang diselitkan kisah kompleks kehidupan masyarakat elit di Korea Selatan.
7. The Concubine (2012)
Diarahkan oleh Kim Dae-seung, “The Concubine” mengisahkan drama sejarah yang kaya dengan kerumitan politik dan hubungan romantis yang mengairahkan. Filem ini membawa penonton ke dalam dunia istana yang penuh kekayaan dan godaan, sambil menggambarkan ketegangan erotis antara pelakon watak utama.