Minggu ini, begitu banyak sorotan tular mengenai Keluarga Diraja Pahang yang membuat jelajah Kembara Kenali Borneo yang diketuai oleh baginda, Al-Sultan Abdullah.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan memulakan jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ di Sabah dan Sarawak dari 7 sehingga 13 September 2023 ini. Sepanjang jelajah berlangsung, rakyat Borneo tidak henti menunggu ketibaan Keluarga Diraja Pahang di bahu jalanan.
Pelbagai gelagat yang kita dapati tular di media sosial, antara yang menarik perhatian semestinya putera dan puteri Diraja Pahang. Memiliki rupa paras menawan, kesemua mereka sungguh berhati rakyat dan nurani, sempat juga bertelatah bersama rakyat jelata. Walaupun Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa Baginda tidak dapat bersalaman dengan semua rakyat yang menunggu di sepanjang perjalanan konvoi, namun sambutan lambaian dan Keluarga Diraja lain kepada rakyat tetap mendapat penghargaan terhadap rakyat Borneo.
Antara gelagat lucu dan manis Keluarga Diraja Pahang sepanjang jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’:
1. Raja Permaisuri Agong – Cermin Mata ‘Slay’.
Tampil comel dan bersahaja, Raja Permaisuri Agong kelihatan begitu riang apabila menyarungkan cermin mata berbentuk pixel berwarna hitam. Ramai tidak menyangka aksi spontan Baginda itu bersahaja dan orang ramai pendapat bahawa cermin mata itu milik anakandanya, Tengku Muhammad. Antara komen yang disusun oleh rakyat dimedia sosial antaranya, “Slay permaisuri kita“, “Daulat Tuanku, Tuanku sekeluarga cukup sporting“, dan “Swag la permaisuri” dengan emoji cermin mata.
2. Tengku Hassanal – “Ambil gambar dengan adik saya, Tengku Ahmad Single“.
Antara yang mendapat perhatian, sudah tentulah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menggunakan pembesar suara berwarna merah untuk beramah mesra dengan rakyat jelata. Menerusi video-video di media sosial yang dikongsikan rakyat Sarawak, baginda sentiasa memegang pembesar suara bersaiz kecil itu sekali gus memudahkan untuk berkomunikasi bersama masyarakat di sana. Sambil itu, Tengku Hassanal sempat ‘mempromosi’ adiknya Tengku Ahmad, disebelahnya dengan mengusik gadis Borneo bahawa adiknya masih single.
3. Tengku Muhammad – Orea dan wang kertas Malaysia.
Tidak terkejut melihat aksi gelagat Tengku Muhammad yang dikenali sebagai seorang periang dan menceriakan suasana. Mungkin bakatnya diturun daripada Permaisuri yang sentiasa tampil bersahaja dan lucu. Antara aksi yang mendapat perhatian sosial media antaranya momen Baginda mendapat hadiah Orea dan wang kertas Malaysia daripada rakyat Borneo. Mukanya yang bersahaja tatkala menerima pemberian hadiah itu mencuit hati rakyat jelata. Selain itu, momen Tengku Muhammad meredah hujan. Video tontonan melebihi 200k, itu mencairkan hati kebanyakan gadis Borneo malah Semenanjung juga!
4. Agong Al-Sultan Abdullah – ‘Kamu Arsenal?”
Jika diikuti pada frasa moden, ‘Side Eye‘ itulah gelagat Agong Al Sultan Abdullah apabila reaksi mukanya dirakam tatkala diminta oleh rakyat untuk menandatangani nama di baju Arsenal.
“Kamu Arsenal ya?” tanya Yang di-Pertuan Agong kepada pemuda itu.
“Ya betul,” ujar pemuda tersebut dengan nada teruja.
“Owh bagus,” jawab Yang di-Pertuan Agong sambil memberikan pandangan tajam kepada pemuda berkenaan.
Sebelum ini, dalam satu temu bual bersama Astro Awani, Yang di-Pertuan Agong pernah bertitah jika diberikan pilhan antara Manchester United dan Liverpool, baginda akan memilih untuk menyokong Liverpool.
5. Tengku Ahmad – Pujaan gadis Borneo
Pujaan gadis Borneo! Selain sifat kepimpinan Tengku Hassanal dan kelucuan Tengku Muhammad, putera bongsu Diraja Pahang, Tengku Ahmad turut mencuri hati gadis Borneo. Menyambut hari lahirnya seiring dengan jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’, Tengku Ahmad dinyanyikan lagu ulang tahun ke 23, pada 11 September 2023 oleh rakyat jelata ketika berangkat tiba di Pullman Hotel, Kuching.
6. Santapan Nasi Gulai Bang Midie
Video asal oleh Bang Midie menyaksikan dirinya membuka gerai di baju jalanan sambil menunggu ketibaan Yang Mulia bersama rakyat jelata yang lain. Menu istimewa orang Temerloh ini mencuri perhatian Tengku Ahmad, lantas memintanya untuk mempersiapkan lebihan nasi untuk membeli buat ahli keluarganya.
Rombongan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan sisi bersahaja dan merendah diri sewaktu Baginda bersama puteranya menikmati santapan di bahu Jalan Pan Borneo Jakar. Sorotan akhbar dari Suara Sarawak, Muhamad yang membuka jualan gerai bersama rakannya, Mohd Aziz Ahmad, 25, berkata, berpeluang menghadiahkan nasi gulai dan berpeluang menatap sendiri wajah Seri Paduka dari dekat adalah satu pengalaman buat dirinya.
7. Puteri-Puteri Kerabat Diraja Pahang
Selain Putera Diraja Pahang, puteri-puteri; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana turut mencuri perhatian rakyat jelata. Tampil menawan dan manis, ketiga puteri ini sempat menikmati budaya dan santapan tradisional Sabah dan Sarawak. Selain itu, aksi mereka yang sedang menari perlahan turut mencuri perhatian, dengan susunan komen oleh rakyat dimedia sosial antaranya; ‘Puteri Agong semuanya peramah’, ‘Sporting Puteri-puteri’, dan ‘Memang friendly, pernah jumpa Baginda di Kuantan’.