Drama yang diadaptasi dari novel yang berjudul 7 Hari Mencintaiku berjaya membolot enam trofi di malam anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2017).
Drama yang pernah menjadi fenomena sebelum ini di saluran TV3 menerima trofi Drama Pilihan berdasarkan undian ramai. Bahkan, dua gandingan hebat pelakon di dalam drama ini iaitu Siti Saleha dan Syukri Yahaya turut menerima trofi Pasangan Pilihan.
Pengarah drama 7 Hari Mencintaiku iaitu Jamal Khan juga diangkat sebagai Pengarah Pilihan, sementara trofi Penulis Skrip Pilihan menjadi milik PGRs Team.
Syukri Yahaya turut dinobatkan sebagai Aktor Pilihan menerusi drama adaptasi novel tulisan Siti Rosmizah ini. Ditambah lagi dengan kemenangan Lagu Pilihan iaitu lagu berjudul Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah yang menjadi lagu OST drama tersebut.
Drama yang popular ini berjaya mencatat kira-kira 12 juta tontonan sepanjang ia bersiaran di slot Akasia TV3. Tidak menghampakan, drama Patahnya Sebelah Sayap turut pulang bersama trofi pabila Izzue Islam berjaya memenangi trofi Antagonis Pilihan.
Anugerah DFKL 2017 yang membawa duta Raja Afiq serta dihoskan oleh AG, Sherry Alhadad serta Rita Rudaini ini bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Berikut adalah senarai penuh pemenang DFKL 2017.
Drama Pilihan : 7 Hari Mencintaiku (Pena Creative)
Aktor Pilihan : Shukri Yahaya (7Hari Mencintaiku)
Aktres Pilihan : Mira Filzah (Cinta Si Weeding Planner)
Pengarah Pilihan : Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
Penulis Skrip Pilihan : PGRs Team (7 Hari Mencintaiku)
Lagu Pilihan : Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah: 7 Hari Mencintaiku)
Pasangan Pilihan : Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
Antagonis Pilihan : Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)
Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku
Drama Radio Pilihan: Terima Kasih EX
Drama Pendek Pilihan: Kongsi Kalau Malu (Mohammed Shafie Seyed Mohamed, Syalikh Nazrul, Ridhwan Uvaise)