Menjelang konsert 5 Seconds of Summer pada 17 November ini, ini lagu-lagu wajib yang anda perlu hafal untuk nikmati sepenuhnya era Everyone’s A Star.
Selepas penantian panjang, 5 Seconds of Summer akhirnya bakal menggegarkan Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Everyone’s A Star World Tour. Dengan siri jelajah global yang bermula sejak awal 2026 dan merangkumi Asia pada bulan November, termasuk KL pada 17 November di Unifi Arena atau dulu dikenali sebagai Axiata Arena, ini adalah momen untuk jadi sebahagian daripada crowd yang enjoy nyanyi every single lyrics.
Daripada lagu baharu yang define era ini hinggalah hits ikonik yang tak pernah gagal buat satu stadium bergema, ini 7 senarai lagu 5SOS yang anda boleh hafal untuk menikmati konsert to the max.
Youngblood
Kalau sebut 5SOS, mesti ramai akan mention lagu Youngblood, that’s how famous the song is. Lagu ini menjadi single terlaris pada tahun 2018 di Australia dan merupakan ‘number-one’ kedua mereka di Carta Perseorangan ARIA. Semestinya akan berada di setlist di setiap konsert mereka dan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat mahupuun yang dah lama atau baru kenali mereka.
Amnesia
Pop-Rock Ballad daripada album debut ini wajib dan yang pastinya ada di dalam setlist untuk konsert bulan 11 ini. Amnesia biasanya considered sebagai lagu yang ‘have-to-do’ dalam setiap persembahan langsung 5 Seconds of Summer, jarang dialih keluar daripada senarai set utama kerana statusnya sebagai lagu kegemaran peminat dan ikonik.
Ghost Of You
Berada di album Youngblood, Ghost Of You merupakan balada yang melankolik dan juga lagu kegemaran peminat. Lagu ini menerokai kesedihan dan kerinduan, yang terus menusuk hati pendengar serta senang untuk dikaitkan dengan perjuangan dalam kehidupan. Lagu ini diilhamkan oleh adegan dalam This Is Us.
Bad Omens
Abaikan ‘red flag’ dan hubungan toksik dalam percintaan, Bad Omens merupakan lagu yang akan menjadikan semua sing until their throat hurts sambil memegang dada, meluahkan segala yang terpendam. Wajib ada dalam senarai set untuk tour kali ini.
Teeth
Dipuji oleh peminat, dengan beberapa mengalaminya sebagai kemuncak jelajah ‘Everyone’s A Star’. Lagu yang dilabel ‘addictive’, Teeth mengisahkan tentang suka dan duka dalam perhubungan yang terasa berbahaya namun ketagihan. Kisah yang membuat lagu ini serta-merta menjadi kesukaan ramai. Bukan hanya itu, lagu ini juga sangat sesuai untuk sing-along di konsert nanti.
Easier
Lagu Easier dianggap sebagai lagu “wajib” untuk dihafal sebelum ke konsert kerana peranannya sebagai lagu kebangsaan era baru mereka dan pengalamannya yang jauh lebih hebat secara langsung. Terutamanya bahagian korus yang ikonik “Is it easier to stay? Is it easier to go?” antara bahagian paling menyeronokkan untuk dinyanyikan bersama ribuan peminat lain.
Everyone’s A Star!
The main highlight dan nama bagi World Tour 2026 mereka kali ini, lagu ini memainkan peranan penting serta Everyone’s A Star! sebagai “identiti” terbaru 5SOS. Menyentuh tentang bagaimana semua mempunyai perasaan untuk menjadi main character, lagu ini sebagai opening, serta-merta menaikkan energi untuk mulakan konsert.


