BTS is officially back on tour mode, dan ARMY sudah mula kembali mengulang lagu-lagu kegemaran mereka.
Bukan sahaja dikenali menerusi persembahan dan pengaruh global, BTS juga memiliki deretan lagu yang berjaya mencipta identiti tersendiri dalam dunia muzik. Daripada trek bertenaga sehingga lagu yang lebih sentimental dan dekat dengan emosi pendengar, setiap satunya mempunyai daya tarikan tersendiri.
Jika anda sedang mencari lagu untuk dikitar semula dalam playlist atau mahu mengenali sisi muzik BTS dengan lebih dekat, ini tujuh pilihan yang tidak boleh dilepaskan.
Spring Day
Kalau ada satu lagu BTS yang hampir semua orang setuju patut masuk dalam playlist, adalah Spring Day. Membawa suasana yang tenang dan sedikit melankolik, tetapi masih terasa comforting untuk didengari berulang kali.
Melodi dan lirik bergerak dengan sederhana tanpa terasa terlalu berat, sangat sesuai dimainkan ketika berehat, dalam perjalanan atau pada hari yang perlukan sesuatu yang lebih menenangkan.
Blood Sweat & Tears
Blood Sweat & Tears sering dianggap sebagai antara era yang paling berimpak tinggi dalam perjalanan muzik BTS. Dari arah muzik sehingga konsep visual, semuanya terasa lebih matang dan mempunyai identiti yang tersendiri.
Gabungan elemen tropical house dan lirik yang lebih puitis menjadikan lagu ini kekal menarik walaupun sudah bertahun-tahun dikeluarkan. Tidak hairan jika lagu ini masih sering disebut sebagai antara release terbaik mereka.
Dynamite
Mustahil untuk bercakap tentang lagu BTS tanpa menyebut Dynamite. Dengan elemen disco-pop, lagu ini hadir sebagai lagu yang memang wajib ada dalam playlist.
Walaupun lebih ringan berbanding beberapa lagu lain, Dynamite masih mempunyai daya tarikan yang membuatkan ramai kembali mendengarnya.
MIC Drop (Steve Aoki Remix)
Untuk playlist yang perlukan sedikit extra energy, MIC Drop (Steve Aoki Remix) merupakan pilihan yang tepat. Beat yang lebih hype bersama elemen hip-hop dan trap menjadikan lagu ini terasa lebih bold.
Juga membawa aura yang confident dan tegas berbanding kebanyakan release mereka yang lain. Pilihan yang sesuai untuk waktu yang perlukan sedikit encouragement.
Fake Love
Antara lagu BTS yang paling dikenali kerana emosi dan intensitinya, Fake Love menampilkan sisi yang lebih gelap dalam perjalanan muzik mereka. Gabungan elemen pop, rock dan hip-hop, terasa lebih dramatik tetapi masih mudah untuk didengari.
Lirik yang menyentuh tentang kehilangan identiti dalam sebuah hubungan menjadikan lagu ini terasa lebih mendalam. Fake Love kekal sebagai antara lagu yang paling memberi impak.
Boy In Luv
Sebelum era yang lebih polished dan eksperimental, Boy In Luv memperlihatkan sisi awal BTS yang lebih raw dan penuh tenaga. Dengan gabungan elemen hip-hop dan rock, lagu ini membawa vibe yang lebih youthful.
Walaupun dikeluarkan pada awal perjalanan mereka, Boy In Luv masih mempunyai identiti yang kuat dan mudah dikenali. Persembahan yang lebih intense menjadikan lagu ini antara pilihan yang sesuai untuk menaikkan mood dalam playlist.
House of Cards
Kalau kebanyakan lagu BTS dalam senarai ini lebih menonjol dengan energy atau hook yang kuat, House of Cards pula bergerak dalam arah yang berbeza. Lagu ini tampil dengan susunan R&B yang lebih perlahan, menjadikannya antara trek yang sering disebut sebagai hidden gem dalam diskografi mereka.
Kepada yang mahu explore lebih banyak lagu dengan vibe yang sama, keseluruhan album The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever wajib diberi peluang sekurang-kurangnya sekali.
Baca: Burna Boy, J Balvin & Shakira Hidupkan FIFA Piala Dunia 2026
