Daripada live chaos hinggalah reaction spontan mereka, BOYNEXTDOOR memang tidak pernah gagal mencipta momen viral di internet.
Sejak debut, BOYNEXTDOOR semakin dikenali bukan sahaja kerana muzik mereka, tetapi juga personaliti chaotic dan chemistry yang susah untuk diabaikan. Dari content variety, live stream hinggalah interaksi spontan sesama ahli, mustahil untuk peminat K-POP untuk tidak jatuh cinta.
BOYNEXTDOOR sering dianggap antara kumpulan 5th Gen yang paling entertaining untuk ditonton.
Jaehyun Mommae
Momen Myung Jaehyun lip-sync lagu “Mommae” ketika MMA 2025 terus membuatkan internet kecoh, tambahan lagi editnya. Cara dia menyebut lirik dengan penuh perasaan membuatkan fancam tersebut terus viral sehingga memenuhi FYP peminat K-pop.
Apa yang membuatkan momen itu semakin ikonik ialah ekspresi muka dan vibe Jaehyun yang terlalu into the song.
Hype Semasa Award Show
Kalau ada satu perkara yang selalu membuatkan BOYNEXTDOOR viral, semestinya tenaga mereka yang langsung tak pernah duduk diam di mana-mana award show. Sama ada ketika perform atau berada di tempat penonton.
Ramai peminat menganggap mereka “ultimate hype squad”. Cara mereka genuinely enjoy setiap persembahan membuatkan suasana award show terasa lebih seronok, chaotic dan hidup.
Live Singing Yang Stabil
Tidak ramai rookie group yang berani tampil dengan live vocals setiap kali perform, tetapi itulah yang membuatkan BOYNEXTDOOR semakin mendapat perhatian ramai. Walaupun choreography mereka cukup aktif, BOYNEXTDOOR masih konsisten menggunakan handheld mic.
Daripada festival hingga music show, stage mereka sering terasa lebih raw dan spontan kerana suara live, ad-lib dan interaksi mereka dengan crowd. Ramai mula menganggap mereka sebagai antara kumpulan generasi baru yang paling live up to expectation.
Ditangkap Melakukan Penggambaran MV
Mereka ditangkap tanpa sengaja melakukan penggambaran MV untuk comeback baharu beberapa kali oleh peminat dan orang rawak. Perkara ini menjadikan comeback terasa lebih exciting kerana walaupun ditangkap tetapi lagu sebenar tidak dimainkan semasa penggambaran tersebut berlaku.
Kerana konsep mereka seperti jiran sebelah rumah, kebanyakan lokasi yang digunakan seperti kawasan perumahan atau di tengah jalan. Senang untuk peminat secara tanpa sengaja menemui mereka dan lokasi tersebut dijadikan sebagai fan-attraction.
BOYNEXTDOOR Di Lollapalooza
Tidak boleh lupa juga momen BOYNEXTDOOR tampil di Lollapalooza terus membuatkan ramai peminat bangga . Dengan energy yang kuat, live vocals yang stabil dan crowd ramai yang ikut menyanyi bersama, performance tersebut terasa seperti satu lagi bukti BOYNEXTDOOR tahu bagaimana cara menghidupkan pentas festival.
Jaehyun Dan Jung-kook

Bukan adik-beradik tetapi lebih seperti kembar seiras, Myung Jaehyun terkenal dengan wajahnya yang sangat mirip dengan idolanya sendiri, BTS Jung-kook. Ada juga netizen yang mengatakan Jaehyun kelihatan seperti versi rookie-era Jungkook setiap kali gambar mereka dibandingkan di internet.
Lebih menarik, Jaehyun sendiri memang dikenali sebagai fanboy BTS sejak sebelum debut lagi. Sebab itu ramai peminat semakin obsessed dengan persamaan wajah mereka kerana terasa seperti “idol turns into his idol” moment versi sebenar.
Weverse Live Rawak
Weverse Live mereka tidak pernah mengecewakan dan membosankan peminat, adakalanya disebabkan perangai mereka dan adakalanya disebabkan challenge yang diberi sendiri oleh ahli kumpulan atau staf.
Semua jenis perkara rawak yang mereka lakukan secara live membuatkan orang suka kerana ia kelihatan tulen dan less idol-like.
Baca: Transisi Seni Nia Atasha, Dari Peragaan Ke Layar Lebar









