Siapa kata datang tengok Bahrain Grand Prix di Sepang hanya untuk tengok siapa paling laju?
Ada yang kelakar, ada yang buat jantung hampir tercabut dan ada juga momen yang sampai sekarang masih jadi bahan sembang.
Basically, the race was racing.
Jadi sebelum semua orang move on ke race seterusnya, jom recap semula 5 momen paling lucu, mengejutkan dan dramatik di F1 Grand Prix of Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia:

Verstappen dan Red Bull kembali ke puncak
Selepas beberapa perlumbaan yang penuh dengan drama dan cabaran, akhirnya Max Verstappen dan Red Bull kembali dapat rasa manisnya kemenangan.
Musim 2026 sememangnya bukan perjalanan mudah buat Red Bull. Dengan perubahan besar peraturan F1, pasukan ini mengambil risiko besar apabila membangunkan power unit sendiri.
Verstappen dan rakan sepasukannya, Isack Hadjar, tetap berjaya mengumpul sembilan podium daripada 15 perlumbaan pertama. Dan kali ini, mereka akhirnya dapat apa yang diidamkan iaitu kembali ke P1 dan rasa kemenangan sekali lagi. Basically, Verstappen said: miss me?

Mercedes punya momen pahit manis di Sepang
Kalau Verstappen dapat comeback moment, Mercedes pula melalui hari yang boleh dikatakan pahit manis di Sepang.
Kimi Antonelli berjaya membawa pulang tempat kedua, malangnya, nasib George Russell tidak begitu menyebelahi. Ketika perlumbaan hanya berbaki beberapa pusingan, masalah power unit memaksanya menamatkan perlumbaan.

Ferrari tersalah langkah, Hamilton buat comeback padu
Hari Ferrari di Sepang pula boleh dikatakan chaotic from the start. Dengan keadaan litar yang masih basah, keputusan Ferrari untuk meletakkan tayar soft pada kedua-dua kereta hampir memakan diri. Lewis Hamilton dan Charles Leclerc terus merosot dalam kedudukan, manakala Leclerc pula berdepan insiden sentuhan yang memaksanya masuk pit lebih awal.
Tapi Hamilton ada plot twist sendiri.
Ketika beberapa pelumba mula menyedari pilihan tayar mereka tak menjadi dan masuk pit untuk menukar kepada intermediate, Hamilton memilih untuk kekal di atas tayar soft. Bila litar mula mengering, keputusan itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan cengkaman daripada tayar C4 dan perlahan-lahan membuat recovery drive.
Daripada hampir tercicir jauh di belakang, Hamilton berjaya fight his way back!

McLaren pula tak kurang drama
Kedua-dua kereta McLaren memulakan perlumbaan dengan tayar medium slick walaupun keadaan litar masih basah, ps satu pilihan yang boleh dikatakan agak berani.
Oscar Piastri memilih untuk masuk pit seawal hujung pusingan pertama bagi menukar kepada tayar intermediate, manakala Lando Norris kekal di litar. Norris sendiri mengakui selepas perlumbaan bahawa keputusan itu memang satu “gamble”.
Bila litar mula mengering, kedua-duanya perlahan-lahan kembali mendaki kedudukan. Menariknya, Piastri berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Norris di tempat keenam, walaupun dia membuat satu pit stop tambahan dan langsung tidak menggunakan tayar soft.

Cuaca di Sepang… unpredictable!
Selepas hampir sedekad tanpa aksi Formula 1, Sepang akhirnya kembali menjadi pentas F1. Sejak sesi latihan lagi, suasana sudah mula terasa. Pelumba yang pernah berlumba di Sepang kembali menikmati litar yang laju dan flowy, sementara muka-muka baharu pula mula mengenali salah satu litar yang cukup mencabar ini.
Cuaca panas dan lembap memang sudah dijangka menjadi cabaran, ditambah pula dengan isu tyre degradation sepanjang sesi latihan. Semuanya nampak seperti petanda bahawa perlumbaan Ahad bakal menjadi permainan strategi yang menarik.
Tapi kemudian… langit Sepang decided to join the drama. Kira-kira sejam sebelum perlumbaan bermula, hujan turun dengan lebat dan terus mengubah segala perancangan. Daripada strategi yang sudah disusun, pelumba terpaksa berdepan litar basah sebelum keadaan kembali mengering secara berperingkat.
Hasilnya? Chaos. Drama. Overtake. Strategy gamble. Near misses.
Baca: Max Verstappen Cipta Sejarah Lagi, Kembali Jadi Raja Sepang Selepas 10 Tahun
