Bukan sekadar identiti peminat, nama fandom juga sering menjadi topik hangat kerana keunikan dan maksud di sebaliknya.
Dalam dunia hiburan, menjadi peminat bukan lagi sekadar menyokong karya atau mengikuti perkembangan artis kegemaran. Hadir bersama satu identiti tersendiri yang membuatkan peminat berasa lebih dekat dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang lebih besar.
Daripada nama yang comel hinggalah yang mempunyai maksud mendalam, setiap fandom mempunyai cerita unik di sebaliknya. Malah, ada nama fandom yang begitu ikonik sehingga sering menjadi sebutan di media sosial.
Ini merupakan 7 nama fandom yang unik dan happening:
Justin Bieber (Beliebers)

Gabungan nama “Bieber” dan “believer” menjadikan Beliebers antara nama fandom paling ikonik dalam budaya pop. Nama ini dicipta oleh peminat sendiri ketika Justin Bieber mula mencuri perhatian di YouTube sekitar 2009. Beliebers melambangkan kesetiaan peminat yang sentiasa “percaya” dan menyokong perjalanan kerjaya Justin sejak awal.
Lady Gaga (Little Monsters)

Dicipta sendiri oleh Lady Gaga, Little Monsters lahir daripada cara penyanyi itu melihat peminatnya sebagai individu unik yang tidak takut menjadi diri sendiri. Nama ini juga melahirkan gelaran “Mother Monster” buat Gaga, menjadikan hubungan antara artis dan peminat lebih istimewa.
Lizzo (Lizzbians)

Nama Lizzbians dipilih sendiri oleh Lizzo menerusi undian di media sosial pada tahun 2019. Gabungan nama Lizzo dan permainan kata mencerminkan personaliti Lizzo sendiri yang santai, berani dan penuh keyakinan. Sama seperti muziknya, komuniti Lizzbians terkenal dengan semangat positif, sokongan terhadap kepelbagaian serta budaya meraikan diri sendiri.
DIA (Aid)

AID menjadi terkenal atas sebab yang agak tidak dijangka. Nama fandom kumpulan DIA ini merupakan ejaan terbalik nama kumpulan mereka, namun ramai peminat K-pop antarabangsa cepat menyedari bahawa jika ditambah huruf “s”, membentuk perkataan “AIDS”. Disebabkan itu, peminat sering bergurau bahawa mereka perlu berhati-hati ketika memperkenalkan diri.
Weki-Meki (Ki-Ling)

Bunyinya mungkin comel, tetapi nama fandom Weki Meki ini penuh dengan permainan kata. Sangat happening kerana ejaannya yang hampir sama dengan “killing”. Ki-Ling diinspirasikan daripada perkataan “keyring” kerana peminat dianggap sebagai penghubung yang sentiasa menyatukan ahli kumpulan tersebut. Sebutannya juga kedengaran seperti perkataan “healing”, menjadikannya antara nama fandom K-pop yang paling kreatif.
Rocket Punch (Ketchy)

Daripada “Ki-Ling”, fandom Rocket Punch tidak terlepas daripada salah dengar. Nama Ketchy sebenarnya berasal daripada nama kumpulan dalam bahasa Korea dan turut membawa maksud “charming”, namun ramai peminat antarabangsa mengatakan ia kedengaran seperti “ketchup”.
Super Junior (E.L.F)

Bunyinya seperti makhluk fantasi dalam cerita dongeng, tetapi E.L.F. sebenarnya membawa maksud Ever Lasting Friend. Nama fandom Super Junior ini diberikan sendiri oleh Leeteuk sebagai simbol persahabatan yang berkekalan antara kumpulan dan peminat. Lucunya, ramai peminat K-pop turut bergurau bahawa Super Junior telah “friendzone” seluruh fandom mereka sejak hari pertama kerana gelaran tersebut secara harfiah bermaksud “kawan selamanya”.
Baca: Mood Nak Berangan? Ini 7 Filem Rom-Com Melayu Mencuit Hati
