Mereka mungkin lahir dengan nama besar, dan Istilah nepo baby hari ini bukan lagi sekadar merujuk kepada latar belakang keluarga, tetapi bagaimana mereka menggunakan akses, pengaruh dan platform untuk membina identiti sendiri.
Dalam dunia hiburan, nama keluarga kadangkala membuka pintu. Namun bakat dan kerja keraslah yang menentukan siapa mampu bertahan. Generasi nepo baby di Malaysia hari ini bukan sekadar menumpang populariti, malah tampil dengan identiti tersendiri, gaya yang berani dan pencapaian yang mengundang perhatian.
Dari dunia seni, fesyen hingga ke media sosial, nama-ama ini mencuri perhatian dengan cara tersendiri EH! senaraikan tujuh ‘Nepo baby’ di Malaysia yang sedang mencorakkan landskap hiburan tempatan ada yang low-key, ada yang high fashion, semuanya headline-worthy.
1. Leona Azhar
Kasih Iris Leona antara nepo baby paling aktif di media sosial. Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman dan cucu kepada Datuk Pahamin Rajab yang merupakan tokoh korporat terkenal yang pernah menjadi Ketua Pengarah JPJ dan pengasas bersama AirAsia ini telah membuktikan bahawa dia bukan sekadar pewaris nama besar. Label nepo baby mungkin melekat, tetapi dengan 1.2 juta pengikut, dia jelas mencipta nama sendiri di media sosial.

2. Nadya Kyra
Muncul dalam rancangan realiti The House, Nadya Kyra merupakan anak kepada Ezurin Khyra dan YM Tunku Dato’ Yaacob Khyra, ahli korporat yang menerajui beberapa syarikat melalui Kumpulan Melewar Khyra. Dibesarkan dalam dunia fesyen elit dan kehidupan royalti, Nadya menonjol dengan aura elegan, tenang dan berimej old-money chic. Sering menarik perhatian pemerhati fesyen dan menjadikannya salah satu nepo baby paling diperhati dalam industri fesyen.

3. Ameera Khan
Nama Ameera Khan, sering dikaitkan dengan fesyen dan aura IT-girl. Ramai menganggap popularitinya berpunca daripada kakaknya, Neelofa, tetapi Ameera membina identiti sendiri sebagai pempengaruh digital dengan gaya dan personaliti unik. Anak kepada Datin Kartini dan Dato’ Halim Khan yang merupakan ahli perniagaan dan pemilik bersama Nasi Lemak Village Park ini sering berkongsi di media sosial barangan mewah pemberiaan ayahnya, dari jam tangan Patek Philippe, aksesori Van Cleef hingga ke kereta import mewah sebagai hadiah.

4. Liya Maisarah
Liya Maisarah mula mencuri perhatian pada 2016 ketika baru berusia 12 tahun, dengan kehidupan mewah yang menarik perhatian ramai di media sosial. Anak kepada Dato’ Seri Haji Ismail (DSI), ahli perniagaan dalam industri minyak dan gas, pembangunan hotel serta tekstil dan fesyen. Baru-baru ini, Liya turut menjadi perhatian apabila berkongsi bahawa bapanya menaja dirinya, suami serta keluarga mentua menunaikan ibadah umrah.

5. Yasmin Mokhzani
Dikenali dengan usernama @minmokh di Instagram, Yasmin Mokhzani merupakan anak kepada Tan Sri Mokhzani Mahathir, Ahli korporat Sapura Energy dan cucu kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tan Sri Mokhzani juga pernah tersenarai antara individu terkaya di Malaysia dan merupakan bekas pengerusi Sepang International Circuit. Dengan latar belakang korporat dan keluarga berprofil tinggi, Yasmin memancarkan aura old-money yang menjadikannya antara nepo baby paling diperhati dalam industri hiburan dan fesyen.

6. Amira Kamaluddin
Amira Kamaluddin, atau lebih dikenali sebagai Mizz, merupakan seorang penyanyi dan anak kepada Tan Sri Kamaluddin Abdullah, ahli perniagaan yang pernah disenaraikan sebagai orang Melayu ke-10 terkaya di Malaysia, cucu kepada mantan Perdana Menteri, Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi ini juga merupakan pengasas Move For Hope, sebuah inisiatif sosial generasi muda.

7. Leia Rose
Baru berusia 14 tahun, Leia Rose sudah mula menonjol dengan kecantikan semula jadi yang diwarisi daripada ibunya, Marion Caunter, model dan bekas personaliti TV. Anak kepada SM Nasarudin SM Nasimuddin, CEO Kumpulan Naza, salah satu empayar perniagaan paling berjaya di Malaysia, yang terlibat dalam automotif, hartanah dan pelbagai industri. Leia mula mencuri perhatian sejak sesi photoshoot bersama ibunya untuk jenama dan majalah fesyen terkenal.

Artikel Berkaitan: Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 37
