Pasangan K-drama ini bertemu cinta dan keserasian dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, seperti lirik hit Rihanna, “fell in love in a hopeless place”.
Love always finds a way. Cinta boleh dijumpai dimana-mana dan pada bila-bila masa. Sama ada ketika anda sedang lari dari kehidupan lepas penuh trauma ataupun kala suasana apokaliptik oleh sekumpulan zombi yang menyerang kota. Tujuh pasangan K-drama ini bertemu cinta dan keserasian dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, seperti lirik hit Rihanna, “fell in love in a hopeless place”.
Lee Soo-hyeok dan Choi Nam-ra daripada “All of Us Are Dead”

Perkara yang anda perlu lakukan ketika apokaliptik adalah LARI! Ini tidak bermakna anda tidak akan bertemu dengan cinta sejati nanti. Pasangan ini mempunyai keperibadian yang cuku berbeza. Lee Soo-hyeok (Park Solomon) adalah pelajar kacak yang popular dikalangan rakan-rakan, manakala Choi Nam-ra (Cho Yi-hyun) pula adalah presiden kelas yang bijak dan pendiam. Soo-hyeok sentiasa menyimpan hati kepada Nam-ra, tetapi ia menjadi lebih jelas ketika zombi mula menyerang sekolah mereka.

Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Perlu Tonton Sepanjang Februari 2022