Dunia hiburan kerap menjadi saksi hubungan cinta antara pasangan selebriti dari mula mereka berkenalan sehingga ke jinjang pelamin. Meskipun terdapat beberapa perkahwinan yang tidak berjaya di kalangan mereka, tetapi ramai juga yang berbahagia membina sebuah keluarga yang sarat dengan kasih dan cinta.
Perkahwinan antara selebriti bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ramai selebriti bertemu jodoh mereka dengan rakan selebriti, dan kisah cinta mereka sering menjadi tumpuan peminat. Bagi mereka, hidup di bawah soratan ramai bukanlah sesuatu yang mudah. Malah, tekanan dan tentangan yang dihadapi oleh mereka lebih besar berbanding dengan pasangan biasa. Namun, ada segelintir selebriti yang mampu memastikan rumah tangga mereka bahagia dan kukuh.
7 Pasangan Selebriti Indonesia Yang Digelar ‘Power Couple’:
1. Raffi Ahmad & Nagita Slavina
Sering menjadi bahan perbualan warganet baik di Indonesia mahupun di Malaysia, Raffi dan Nagita pernah berkongsi kisah di awal perkenalan mereka. Rupanya, mereka sudah saling mengenali sejak di bangku sekolah lagi, ketika mereka disatukan dałam satu sinetron yang sama. Namun, mereka hanya berkawan biasa sebelum mereka memutuskan untuk mengambil langkah serius sebagai pasangan kekasih pada tahun 2013 dan mendirikan rumahtangga pada 17 oktober 2014.
2. Christian Sugiono & Titi Kamal
Seperti yang diketahui umum, Titi Kamal dan Christian Sugiono telah mengharungi hubungan cinta jarak jauh selama sedekad sebelum memutuskan untuk bernikah pada tahun 2009. Apa yang paling teruja adalah, pasangan ini pernah mendedahkan yang mereka masih menyimpan barang dan kenangan selama bercinta, mula dari hadiah hingga surat yang diterima mereka ketika menjalani hubungan cinta.
3. Irwansyah & Zaskia Sungkar
Dipersatukan dalam sebuah acara muzik di sebuah stesen TV Indonesia, Irwansyah dan Zaskia pada awalnya mula berbual mengenai bekas kekasih mereka yang ketika itu dikhabarkan memiliki hubungan keluarga. Selepas dari kejadian itu mereka sering dipertemukan dalam satu projek bersama dan benih-benih cinta mula muncul dihati keduanya. Irwansyah dan Zaskia akhirnya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih pada bulan Mei 2010. Setelah lebih 8 bulan menjalin cinta, keduanya memutuskan untuk berkahwin pada 15 Januari 2011 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki selepas 10 tahun usia perkahwinan mereka.
4. Chicco Jerikho & Putri Marino
Kisah percintaan singkat antara dua pelakon popular ini telah mengejutkan ramai pihak ketika mereka melangsungkan perkahwinan tertutup di Pulau Dewata pada 3 Mac 2018. Merupakan salah satu pasangan popular di Indonesia, bakat yang dimiliki oleh pasangan ini tidak perlu diragukan lagi. Mungkin kerana memiliki minat yang sama dalam dunia lakonan menjadikan hubungan yang dibina ini kekal bahagia kerana sikap terbuka mereka dalam menyokong kerjaya masing-masing.
5. Glenn Alinskie & Chelsea Olivia
Bak kata perpatah kalau dah jodoh tak kemana, itulah yang dapat digambarkan mengenai pasangan selebriti ini. Dipertemukan dalam satu sinetron yang sama, Chelsea Olivia dan Glenn Alinskie juga merupakan antara selebriti Indonesia yang terlibat dengan cinta lokasi selama 8 tahun sebelum mereka memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2015. Hasil dari perkahwinan tersebut, kedua paşangan ini telah dikurniakan sepasangan cahaya mata.
6. Caesar Hito & Felicia Angelista
Menjalin hubungan cinta selama 7 tahun, Hito juga pernah berkongsi bahawa Felicia merupakan cinta pertamanya sebelum dia memutuskan untuk melamar Felicia ketika mereka bercuti di Singapura. Menurut Hito ia merupakan langkah besar yang diambilnya. Pasangan ini akhirnya mendirikan rumahtangga pada tahun 2021 dan telah dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Graziella Bible Emmanuela.
7. Rezky Aditya & Citra Kirana
Pasangan terkenal Rezky Aditya dan Citra Kirana ini sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain sejak 10 tahun yang lalu. Tetapi, ketika itu keduanya masih belum tertarik dengan satu sama lain dan mereka juga pernah terputus komunikasi selama beberapa tahun sebelum disatukan semula pada tahun 2019. Mula menjalin hubungan cinta di pertengahan tahun 2019 lalu mereka memutuskan untuk mendirikan rumahtangga pada tahun yang sama pada 1 Disember 2019.
Artikel Berkaitan Kisah Cinta 10 Pasangan Diraja Dari Seluruh Dunia