Pernah ditakluki penghibur ‘A List’ antarabangsa seperti Beyoncé, Kanye West, Jaz Z dan Pearl Jam, festival muzik terbesar Coachella merupakan impian setiap penyanyi dan merupakan destinasi wajib bagi peminat muzik.
Menjadi tumpuan peminat muzik seluruh dunia sejak penubuhannya pada tahun 1999. Setiap tahun, festival ini menarik ribuan peminat, dan tahun 2024 tidak terkecuali. Meskipun diadakan di Amerika setiap tahun, Coachella semakin melihat penyertaan penyanyi Asia dalam beberapa tahun kebelakang.
Pada tahun ini, kumpulan penyanyi K-Pop seperti ATEEZ, LE SSERAFIM, dan The Rose menghidupkan suasana di Empire Polo Club dengan muzik mereka, bergabung dengan senarai penyanyi Asia lain yang perenah mengagumkan penonton Coachella dengan persembahan yang memukau pada tahun-tahun sebelum ini.
1. Yuna
Yuna muncul sebagai anak Malaysia pertama yang diberi penghormatan membuat persembahan di pentas Coachella pada tahun 2014. Meskipun tidak ditampilkan sebagai penyanyi utama, mengambil kira Coachella sebuah gelanggang persembahan bintang ternama, pembabitan Yuna itu merupakan satu pencapaian besar buatnya. Yuna yang ketika itu berkongsi pentas bersama sebuah band dari Kanada iaitu Adventure Club menerusi lagu Gold selain menyanyikan single popularnya, Lullabies.
2. BLACKPINK
BLACKPINK mencipta sejarah sebagai kumpulan wanita K-Pop pertama yang menghiasi pentas Coachella sebanyak dua kali dalam kerjaya mereka, pada 2019 dan 2023. Memukau penonton dengan persembahan yang tidak dapat dilupakan sehingga kini, BLACKPINK telah menetapkan standard bagi kumpulan K-Pop lain, menjadikan mereka satu daripada kumpulan K-Pop paling berjaya dan berpengaruh hingga ke hari ini.
3. NIKI
Momen bersejarah buat NIKI yang merupakan penyanyi pertama dari Indonesia yang kemunculan di pentas Coachella pada tahun 2022, NIKI yang membawakan lagu “Sempurna” oleh Andra and the Backbone di pentas 88rising’s Head in the Clouds. Lagu ini mencatatkan sejarah sebagai lagu Indonesia pertama yang dipentaskan di Coachella. Ditemani oleh penari latar, persembahan NIKI berjaya menyampaikan mesej yang mendalam, mengikatkan emosi penonton.
4. Rich Brian
Selepas NIKI, giliran Rich Brian menyinar di pentas Coachella dengan lagu pertamanya, Gospel. Dia kemudian menyanyikan beberapa lagu lain seperti Froyo, Glow Like Dat, dan Drive Safe. Berjaya melakar persembahan yang memukau di festival tersebut, Rich Brian tidak melepaskan peluang untuk menyuarakan kegembiraannya kerana berjaya mencapai pencapaian gemilang ini menjadi antara penyanyi terawal dari Indonesia yang berjaya ke pentas antarabangsa.
5. 2NE1
Hampir tujuh tahun selepas persembahan terakhir mereka bersama, kumpulan K-Pop 2NE1 membuat persembahan bersama di Coachella 2022 sebagai sebahagian daripada set CL di 88rising Head in the Clouds Forever. Selepas menyampaikan trek solo seperti Spicy dan Chuck dari album penuh pertamanya Alpha, CL menghilang dalam kabus dan siluet rakan kumpulannya Bom, Dara, dan Minzy muncul di pentas mengejutkan peminat di serata dunia.
6. Jackson Wang
Mencipta fenomena di Coachella sebagai artis solo Cina pertama yang dijemput untuk membuat persembahan di festival tersebut. Jackson Wang mengundang Ciara untuk membuat persembahan bersamanya menerusi lagu Slow. Jackson yang merupakan ahli kumpulan K-pop popular GOT7 membuat penampilan kali kedua di Coachella pada tahun ini.
7. Aespa
Kumpulan K-Pop, Aespa pernah beraksi di pentas Coachella pada tahun 2022 sebagai sebahagian daripada persembahan Head in the Clouds Forever 88rising semasa minggu kedua festival tersebut. Persembahan mereka merangkumi lagu hit seperti Savage, Next Level, Black Mamba. Walaupun agak tekanan buat Asepa sebagai kumpulan yang masih baharu pada masa itu, persembahan aespa dianggap berani oleh peminat dan penonton.
Artikel Berkaitan: 9 Gaya Paling Hot Selebriti Hollywood di Coachella