3. Tupac Shakur
Kematian Tupac Shakur adalah tragedi dunia hip-hop yang tidak dijangka tatkala dia mulai meraih perhatian populariti lewat usia 24 tahun. Ketika dia mendapat kemasyhuran dunia seni, Shakur menghadapi penalti undang-undang dimana dia dituduh mendera wanita secara seksual pada tahun 1993 dan disabit bersalah menyerang bekas majikan pada tahun 1994. Malang tidak berbau apabila dia sekali lagi pada November 1994, Shakur ditembak lima kali dan dirompak di lobi studio rakaman New York. Pada 7 September 1996, ketika memandu melalui Las Vegas bersama rombongannya, Shakur ditembak lagi 12 hingga 13 kali dalam tembakan pandu lalu. Dia meninggal dunia enam hari kemudian akibat pendarahan dalaman yang teruk. Kematian Shakur masih menjadi misteri, walaupun ada yang membuat spekulasi Biggie terlibat dalam pembunuhan itu. Keluarga Biggie telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Lebih 10 tahun selepas kematiannya, Shakur kekal sebagai legenda hip-hop. Dia telah dinamakan artis rap paling laris oleh Guinness Book of World Records, dengan lebih daripada 75 juta album terjual di seluruh dunia.