Fenomena selebriti menceburi dunia politik bukanlah perkara baharu di Indonesia.
Dengan populariti yang tinggi serta pengaruh besar di kalangan masyarakat, ramai selebriti dan personaliti hiburan akhirnya memilih untuk terjun ke dunia politik, termasuk menjadi wakil rakyat di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Kehadiran mereka sering mencuri perhatian kerana dianggap mampu membawa suara rakyat dengan lebih dekat, terutama dalam kalangan golongan muda.
Dari layar perak ke Dewan Rakyat, ini 7 artis popular Indonesia yang menjadi ahli parti PDR
1. Mulan Jameela
Penyanyi terkenal dan bekas anggota duo Ratu ini mula menceburkan diri dalam politik melalui Parti Gerindra.
Mulan berjaya meraih kepercayaan rakyat untuk duduk di DPR RI. Walaupun pada awalnya ada yang meragui kemampuannya, Mulan membuktikan kesungguhan dengan memberi tumpuan kepada isu sosial serta kepentingan wanita dan anak-anak.
2. Ahmad Dhani
Nama Ahmad Dhani tidak asing lagi dalam industri muzik Indonesia. Sebagai pemuzik dan produser berpengaruh, beliau terkenal dengan pandangan yang lantang. Kini bersama Parti Gerindra, Dhani membawa karisma dan gaya kritisnya ke dunia politik. Kehadirannya di DPR sering menjadi sorotan kerana sikap beraninya dalam memperjuangkan isu nasional.
3. Verrell Bramasta
Bintang sinetron muda ini merupakan antara wajah baharu di DPR. Maju melalui Parti Amanat Nasional (PAN), Verrell mahu menunjukkan bahawa generasi muda juga mampu terlibat dalam politik. Kehadirannya dianggap sebagai nafas segar, khususnya dalam memperjuangkan aspirasi anak muda, isu pendidikan, dan pembangunan digital.
4. Uya Kuya
Dikenali sebagai pelawak dan pengacara, Uya Kuya membawa personaliti santainya ke dunia politik. Melalui PAN, beliau menekankan isu kesejahteraan rakyat serta pentingnya keterbukaan dalam komunikasi politik. Dengan gaya mesra, Uya lebih mudah mendekati masyarakat dan menyuarakan aspirasi mereka.
5. Melly Goeslaw
“Ratu Soundtrack” Indonesia ini juga kini berkhidmat di DPR. Melly Goeslaw membawa idealisme dan kreativiti seorang seniman ke ruang politik. Fokus utamanya adalah memperjuangkan seni, budaya, serta perlindungan hak cipta para penggiat seni. Kehadirannya membuktikan bahawa suara artis juga penting dalam pembentukan dasar negara.
6. Eko Patrio
Pelawak terkenal ini merupakan antara selebriti yang paling konsisten dalam politik. Maju melalui PAN, Eko sudah beberapa kali terpilih menjadi ahli DPR. Dengan pengalamannya, Eko sering menekankan isu ekonomi rakyat dan dasar-dasar yang lebih berpihak kepada masyarakat bawahan.
7. Pasha
Sebelum bergelar ahli DPR, vokalis kumpulan Ungu ini terlebih dahulu berkhidmat sebagai Wakil Wali Kota Palu. Pengalamannya dalam memimpin daerah memberi nilai tambah ketika beliau duduk di DPR. Pasha memberi tumpuan kepada isu pembangunan, penanggulangan bencana, serta kesejahteraan masyarakat.