1. Nora Danish
Nora Danish telah sah bercerai dengan Nedim Nazri selepas tujuh tahun perkahwinan mereka. Perceraian ini berlaku pada akhir Jun 2024 dan disahkan sebagai talak satu. Nora dan Nedim membuat keputusan untuk berpisah setelah menghadapi masalah dalam perkahwinan mereka, tetapi kedua-duanya menegaskan bahawa tidak ada pihak ketiga yang terlibat dan perceraian ini dibuat secara baik untuk kebaikan kedua-dua keluarga dan anak-anak mereka.
Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl. Nora juga sebelum mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun dari perkahwinan pertamanya dengan Datuk Rizal Ashram Ramli