4. Che Puan Sarimah Ibrahim.
Che Puan Sarimah binti Ibrahim dilahirkan pada 19 Februari 1978 dan merupakan seorang pengacara, penyampai radio, penyanyi serta pelakon. Beliau bukan sahaja memiliki darah kacukan Melayu-Irish malahan, juga fasih bertutur dalam tiga bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Malaysia dan juga Perancis.