Memiliki rupa paras seperti Melayu bukanlah satu kekurangan, malah dapat menjadi aset penting bagi selebriti bukan melayu dalam meniti kerjaya dalam dunia seni dan hiburan.
Selebriti Malaysia yang memiliki penampilan seperti melayu mungkin mempunyai kelebihan tersendiri. Selain mereka lebih mudah menghidupkan pelbagai watak dalam lakonan mereka, penerimaan penonton tempatan terhadap penampilan mereka di pentas dan kaca Tv juga lebih terbuka. Ini memberi mereka kelebihan dalam industri hiburan tempatan, membolehkan mereka membawa kepelbagaian watak.
Intai Tujuh Selebriti Malaysia Yang Disangkakan Melayu Oleh Peminat Mereka:
1. Daniella Sya
Mula dikenali melalui Drama Projek Anchor SPM bersama Daiyan Trisha. Daniella Sya merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang memulakan kerjaya hiburan di Singapura sebelum kembali ke Malaysia selepas sedekad membina nama di Kota Singa.
Sejak itu, Daniella telah membintangi beberapa drama TV dan filem tempatan. Walaupun berasal dari keturunan Cina, dia juga mempunyai ilmu persilatan, yang turut memberikan dimensi yang menarik dalam aksi-aksi lakonannya.
2. Neeta Manis
Memiliki wajah yang cantik manis seperti namanya, Neeta Manis adalah seorang gadis campuran Cina dan India. Meskipun begitu, ramai peminatnya menganggap vokalis IamNeeta ini berasal dari keturunan Melayu kerana kefasihannya bertutur dan bernyanyi dalam bahasa Melayu.
Kebolehannya dalam menyampaikan lagu-lagu dengan penuh perasaan dan lancar dalam bahasa Melayu telah menarik hati ramai, menjadikannya salah satu vokalis popular dalam industri muzik Malaysia. Dengan kemampuan bahasa dan bakat vokal yang luar biasa, Neeta Manis terus memukau peminatnya di Malaysia dan serantau.
3. Jasmine Suraya
Mendengar sahaja namanya, anda pasti menganggap pelakon cantik Jasmine Suraya ini berasal dari keturunan Melayu, tetapi sebenarnya dia berkuturunan Cina. Kecantikan dan aura ke-melayuannya yang terserlah membuat ramai yang terkejut tentang asal usulnya yang sebenar.
Kebolehannya berlakon dan menjiwai watak telah memperoleh pengiktirafan dari penonton. Jasmine Suraya dengan jayanya telah mengukuhkan kedudukannya dalam dunia seni hiburan, menjadikannya contoh inspirasi bagi ramai yang berkeinginan untuk mengejar impian dalam bidang seni.
4. Adeline Tsen
Melihat pelakon cantik ini mungkin membuatkan ramai keliru tentang keturunan yang dimilikinya. Memiliki kulit sawo matang seperti gadis Melayu, Adeline Tsen sebenarnya berasal dari Kota Belud, Sabah, dan menganut agama Kristian serta mempunyai darah keturunan Cina Hakka-Dusun Tindal.
Keunikan kombinasi etniknya memberikan penampilan yang menarik perhatian ramai. Adeline telah membuktikan bahawa bakat dan keunikan individu tidak harus terikat dengan satu latar belakang etnik, tetapi boleh menjadi kelebihan yang menonjolkan dalam dunia seni dan hiburan.
5. Hans Isaac
Aktif dalam industri filem Malaysia, Hans Isaac sering dianggap sebagai Melayu oleh peminatnya kerana penampilannya dan sering memegang watak dalam filem-filem Melayu.Namun, sebenarnya dia memiliki keturunan campuran peranakan Filipina-Sepanyol dari belah ibunya dan peranakan India-Serani-Jerman dari belah bapanya.
Kebolehannya dalam menjiwai pelbagai watak telah menjadikan beliau ikon dalam industri filem Malaysia, tanpa mengira latar belakang etniknya. Hans Isaac telah membuktikan bahawa bakat dan kemahiran dalam seni peranannya jauh lebih penting daripada asal-usul etniknya.
6. Zachery Francis
Sudah lama tidak mendengar nama penyanyi dan pelakon kacak di awal era 20-an ini. Walaupun usianya sudah menjakau 40-an, wajah kacaknya masih menjadi perbualan. Terkenal dengan lakonannya dalam filem “Diari Romeo”, dan merupakan salah seorang ahli kumpulan X-Factor yang meraih populariti pada awal era 2000-an.
Memiliki wajah yang kacak dan fasih berbahasa, Dia berketurunan campuran bumiputera Iban, Bidayuh, dan Kadazan. Kebolehannya dalam melakonkan watak-watak yang mencetuskan pelbagai emosi telah mencuri perhatian ramai. Walaupun tidak sering muncul di pentas hiburan pada masa kini, namun Zach tetap menjadi nama yang dikenali dalam dunia seni tanah air.
7. Tony Eusoff
Pelakon versatil, Tony Eusoff, sering disalah erti tentang agama dan keturunannya. Pemilik nama sebenar Anthony Joseph anak Hermas Rajiman ini berasal dari Kuching, Sarawak, berbangsa Bidayuh dan dibesarkan di Siburan.
Kebolehannya dalam melakonkan pelbagai watak telah membuatkan namanya dikenali dalam industri hiburan tempatan. Walaupun sering dikelirukan dengan keturunan melayu, Tony Eusoff bangga dengan warisan Bidayuhnya dan sering menyuarakan kepentingan dan keunikan etniknya dalam industri hiburan Malaysia.
Artikel Berkaitan: 7 Selebriti Malaysia Yang Merupakan Anak Kepada Selebriti Terkenal