1. Lim Ji Yeon & Lee Do Hyun
Bintang drama The Glory iaitu Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun dikhabarkan sedang hangat bercinta selepas beberapa foto mesra mereka tersebar di media sosial. Portal Soompi melaporkan, pasangan berkenaan mula menjalinkan hubungan sejak empat bulan lalu malah perkara itu turut diketahui oleh pelakon dan kru drama The Glory yang lain. Lebih menarik perhatian apabila pasangan itu dilihat meluangkan masa bersama meskipun masing-masing sibuk dengan penggambaran drama terbaharu mereka.