Menjadi seorang ayah tunggal bukanlah peranan yang mudah, apalagi jika mereka adalah selebriti lelaki yang hidup di bawah sorotan media dan perhatian peminat. Namun kegagalan rumahtangga bukanlah noktah segala-galanya, ratanya selebriti lelaki yang EH! senaraikan ini mengambil pengalaman itu sebagai sesuatu yang positif dan penguat untuk meneruskan kehidupan.
Selebriti lelaki ini telah membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangi kerjaya gemilang sambil menjadi ayah yang penyayang dan bertanggungjawab. Dengan daya tarikan, keperibadian yang hebat dan semangat yang tidak mudah luntur, selebriti single dad ini telah menjadi inspirasi kepada ramai.
Selain cemerlang kejayaan dalam bidang seni, mereka juga mempamerkan kekuatan dan dedikasi yang luar biasa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Bagi mereka, keluarga sentiasa menjadi keutamaan meskipun jadual padat dan cabaran hidup yang tidak henti-henti.